• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Motif Bersih Beri Anugerah Malukan Pengerusi SPR

oleh Haris
06/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUJUAN pertubuhan Bersih 2.0 memberi anugerah “hall of shame” dengan lima bintang kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Hashim Abdullah bukan sekadar untuk mengejek.

Anugerah itu ialah taktik untuk memburukkan dan menjatuhkan kredibiliti SPR supaya mudah untuk ditentang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Baca: Protes Parlimen, Bersih Bina Momentum Menuju PRU14

Apabila SPR tidak dipercayai lagi, mudahlah untuk mereka menghasut orang ramai turun berdemonstrasi.

Pada masa itu nanti, segala cerita lampu terpadam, “Bangla” mengundi, dakwat mudah dipadamkan akan tersebar dan ditelan bulat-bulat penyokong pembangkang.

Sudah tentu, sebelum itu akan tersebar dulu tinjauan pendapat mengatakan Pakatan Harapan (PH) akan menang walaupun tipis.

Mungkin akan ada juga mesej di Twiter atau kenyataan separa rasmi mendakwa sudah menang sambil memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) supaya tidak merampas keputusan.

Ini dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRU13 lalu, menulis Tweet mengatakan Pakatan Rakyat sudah menang pada masa keputusan rasmi belum diumumkan.

SPR ialah pihak yang paling mudah dijadikan sasaran kerana badan ini menguruskan pilihan raya.

Kempen fitnah pembangkang juga telah semakin keras memburukkan SPR sejak beberapa pilihan raya yang lalu.

Semakin ramai termakan fitnah SPR menipu, semakin mudah mereka mengerah orang untuk turun berdemonstrasi.

Protes dan kekecohan inilah yang cuba dicetuskan oleh Anwar pada PRU13 melalui pesanan di Twitter pada malam pilihan raya dan siri demonstrasi besar-besaran selepas itu.

Inilah sebab kempen PH terfokus pada memprovokasi sentimen rakyat lebih daripada menerangkan dasar dan perancangan mereka seperti dilakukan oleh BN.

Sentimen kemarahan inilah yang boleh dipetik untuk terus mendorong orang ramai bencikan kerajaan dan SPR.

Semua pihak mesti waspada dengan tipu daya PH ini, agar tidak terpedaya dan akhirnya membuat keputusan yang merugikan negara. – Mynewshub.cc

Tags: Bersih 2.0SPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd