• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Nama ‘Mat Juta Kluang’ Diburu Polis

oleh AK-47
06/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ENAM pelajar lelaki bukan hanya dimarahi tanpa sebab, tetapi turut menjadi mangsa peras ugut seorang lelaki dikenali ‘Mat Juta Kluang’ membabitkan kerugian RM1,000 dalam kejadian di Pantai Bukit Keluang, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku pada 2.30 petang ketika seorang pelajar berusia 16 tahun bersama lima rakannya sedang melepak di kawasan pantai berkenaan sebelum didatangi lelaki tidak dikenali itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, suspek secara tiba-tiba memarahi kumpulan pelajar itu sebelum merampas kunci motosikal mereka.

Katanya, suspek kemudian meminta wang sebanyak RM50 daripada setiap mangsa, namun kumpulan pelajar itu hanya mampu memberikan RM67.

“Sebelum beredar, suspek turut mengambil dua telefon bimbit jenis Oppo milik dua pelajar terbabit dengan kerugian dianggarkan bernilai RM1,000.

“Susulan kejadian, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sudah mengenal pasti identiti suspek yang dikenali sebagai ‘Mat Juta Kluang’ berusia 30 tahun.

Katanya, usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan. – myMetro Online

*Video sekadar hiasan…

Tags: PDRMPeras Ugut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd