• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Dadah Bernilai RM5.6 Juta

oleh Ahmad Albab
04/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sejumlah 92.6 kilogram syabu bernilai RM5.6 juta serta wang tunai RM2.77 juta dirampas dalam empat serbuan polis di Pulau Pinang dan Kedah pada​​​​​​ ​Rabu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata dalam kesemua serbuan itu, polis menahan empat warga tempatan berumur 25 hingga 51 tahun termasuk seorang wanita serta dua rakyat asing berusia antara 25 dan 35 tahun, yang disyaki sebahagian daripada anggota sindiket dadah.

“Dadah itu dirampas dari sebuah bot di Teluk Bahang dan polis menahan seorang lelaki. Penahanan ​​​​​itu kemudiannya membawa polis ke lokasi seterusnya di sebuah rumah masing-masing di Teluk Bahang, Langkawi dan Bayan Lepas serta menahan suspek lain,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Operasi yang bermula pada 3.15 petang dengan bantuan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), pasukan udara dan marin polis serta Jabatan Siasatan Jenayah negeri juga merampas akaun bank bernilai RM1.28 juta, lapan kenderaan bernilai RM618,500, barang kemas bernilai RM28,000 dan jam tangan bernilai RM4,000 selain wang tunai tersebut dalam kesemua serbuan.

Mohamad berkata polis masih mengesan anggota sindiket lain yang terlibat dan mengesyaki mereka telah beroperasi dalam tempoh yang agak lama.

“Dadah itu dirampas sebelum dihantar ke Sumatera melalui Selat Melaka dan disyaki dibawa masuk dari negara jiran melalui jalan darat,” katanya.

Kesemua suspek direman sehingga 9 Mei mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: Edar Dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd