• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umno Terima 4995 Permohonan Anggota Baru Dalam Talian

oleh AK-47
30/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: UMNO menerima 4,995 permohonan keanggotaan baharu secara dalam talian sejak sistem baharu pendaftaran itu diperkenalkan pada Disember lepas, kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,993 permohonan lengkap berjaya diproses dan diserap ke dalam cawangan mengikut alamat pemohon, manakala 2,002 permohonan yang tidak lengkap akan dipadankan dengan data Jabatan
Pendaftaran Negara untuk diproses.

“Pada umumnya, kita boleh katakan sambutan kepada keanggotaan UMNO secara dalam talian adalah baik dan positif dan harap ia akan terus meningkat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO kali pertama bagi 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Pada Perhimpunan Agung UMNO lepas, satu langkah peremajaan parti melalui sistem permohonan dalam talian diberi penekanan khususnya untuk menarik lebih banyak penyertaan dan merealisasikan aspirasi golongan muda.

Kelulusan untuk menerima keanggotaan baharu melalui dalam talian dibuat oleh ibu pejabat UMNO, berbanding sebelum ini yang perlu mendapat kelulusan di peringkat bahagian dan ini adalah bagi mengatasi beberapa masalah yang timbul
sebelum ini, seperti kehilangan borang dan pendaftaran menjadi anggota ditolak.

Pada mesyuarat selama tiga jam itu, Najib berkata persidangan cawangan UMNO tahun ini akan berlangsung dari 13 Mac hingga 2 Mei, manakala Mesyuarat Perwakilan Bahagian pada 27 Julai hingga 31 Ogos.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor Mad Nadzari Ahmad Dahlan dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.

Dalam pada itu, Najib turut melahirkan penghargaan terhadap semua peringkat kepimpinan dalam UMNO dan anggota parti itu di peringkat bahagian yang telah bersama-sama membantu mangsa banjir.

“Ini merupakan usaha berpasukan yang telah kita lakukan bersama antara pemimpin UMNO dan ia telah disambut begitu bersungguh-sungguh di setiap peringkat dalam kepimpinan UMNO.

“Usaha kita ini telah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mangsa banjir dan kita akan meneruskan usaha-usaha membantu dalam peringkat pasca banjir,” katanya.

Terdahulu, Najib berkata mesyuarat MT hari ini dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa untuk disedekahkan kepada mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang diisytiharkan terkorban oleh Jabatan Penerbangan Awam,
semalam-BERNAMA.

Tags: Najib Tun RazakUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd