• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Dibangkitkan Semasa Daim Jadi Menteri Kewangan

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Cadangan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebenarnya telah dibangkitkan semasa Tun Daim Zainuddin menjadi menteri kewangan, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Malah Ismail Sabri berkata Daim turut terlibat dalam kajian mengenai pelaksanaan cukai itu.

“Mungkin dia (Daim) pun sudah lupa,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Pejabat RISDA Stesen Batu Papan, di Kampung Batu Papan, di sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Bera itu berkata pelaksanaan GST di 167 buah negara yang antaranya lebih maju daripada Malaysia membuktikan ia memberi kebaikan kepada sesebuah negara.

Katanya pulangan GST membolehkan aktiviti pembangunan dapat dilaksanakan di kawasan luar bandar.

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan bekas menteri kewangan itu yang memberi gambaran negatif tentang pelaksanaan GST sejak 1 April 2015.

Dalam satu majlis di Kedah baru-baru ini Daim turut dilaporkan menyatakan secara terbuka sokongannya kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum ke-14. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri YaakobGST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ismail Sabri Dihadapkan Ke Mahkamah, Mengaku Tidak Salah Tidak Isytihar Harta RM14 Juta

Ismail Sabri Dihadapkan Ke Mahkamah, Mengaku Tidak Salah Tidak Isytihar Harta RM14 Juta

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Beliau...

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

18/08/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan mengekalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebagai asas sistem...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd