• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Oh Si Bangka Orang Terbuang Konon Tsunami Melayu

oleh Ahmad Albab
03/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAKATAN Harapan yang berlogokan PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kini melancarkan Ops Tsunami Melayu secara rasmi.

Walaupun menerima pukulan teruk yang agak memalukan pada 2 Mei lalu, apabila Ombak Tsunami gagal terima sambutan ketika dilancarkan di Pekan, Pahang iaitu kubu kuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tun Dr. Mahathir Mohamad dan rakan bangkanya, Tun Daim Zainuddin, pada Rabu malam, melancarkan Tsunami Melayu di Parlimen Pekan. Satu simbolik pada gelombang menentang Najib sendiri di kerusi Parlimen Pekan.

Setelah heboh berita, cuma nama bangka ini masuk berkempen ke PDM Pekan Lama di Taman Mentiga malam tadi, tetapi ketiadaan platform yang sudi menerima dua besi buruk ini menyebabkan ceramah kempen PKR itu dibatal.

Namun, malam tadi, PKR mewarwarkan berita baharu. Perihal kombinasi tiga trio bangka bekas orang UMNO yang akan menggerakkan langkah kempen Tsunami Melayu secara besar-besaran pula.

Ketiga-tiga nama bangka ini bakal mula berceramah di Melaka.

Trio bilionaire beruban iaitu Daim sendiri selain wanita tua bergincu kaya, Tan Sri Rafidah Aziz akan bersama Mahathir dikerah kudrat uzur mereka berkempen di seluruh negara.

Rupa-rupanya, inilah yang konon dikatakan Tsunami Melayu.

Puiii!

Orang yang pernah menyapu harta negara ketika berkuasa bukan de facto tsunami. Tetapi kehadiran mereka sebenarnya, hanya akan memberi lebih banyak ruang kepada penghibur media sosial.

Netizen ada modal untuk menjenakakan ketiga-tiga nama tua bangka ini sebagai bahan lawak PRU 14.

Daim, bekas Menteri Kewangan tentunya akan menjadi kenduri media sosial. Pasti meriah selepas ini segala maklumat dan troll mengenai sumber kekayaan luar biasanya.

Walaupun bersembunyi di sebalik nama usahawan sebagai profil peribadinya, kisah Mr. 10 Percent itu pasti akan kembali hangat diperkatakan dalam kalangan pengguna media sosial.

Ketika era Daim bergelar Mr. 10 Percent, ledakan media sosial belum ada. Jadi, banyak maklumat mengenai kisah kekayaan Daim tidak mudah disebarkan. Kini, Daim masuk gelanggang. Pasti banyak yang bakal ditelanjang.

Rafidah iaitu Permaisuri AP. Zamannya juga era media sosial belum seriuh sekarang. Walaupun orang tahu segala macam rahsia manipulasi AP yang dikaitkan dengan kepentingan peribadinya selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, ia tidak dapat disebarluaskan.

Kini Rafidah dan Daim sudah kembali. Syukur, kita akan mendapat banyak maklumat tambahan mengenai kekayaan dan kegiatan mereka. Sebab mereka ialah lingkaran utama di sekitar Mahathir ketika berkuasa.

Dalam 24 jam lagi, kita akan melihat dua orang tua bangka yang bakal bertelanjang!

Ezam Mohd Noor?

Siapa dia? Secara tiba-tiba kembali ke pentas ceramah PKR di Kampung Medan dekat ibu negara dan menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor?

Abaikan dia. Ezam hanya budak tua yang sentiasa mahukan macam-macam. Dulu, keluar PKR kerana bermasam muka dengan Azmin. Saling cemburu berebutkan kasih-sayang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekarang merajuk dan tinggalkan UMNO kerana tidak mendapat kuasa.

Alahai si tua bangka dan orang kecewa…

Apakah Tsunami Melayu yang diharapkan. Kalau yang berombak di laut hanya buih-buih tua yang renta serta alunan angin orang yang kecewa – itu bukan tsunamilah! – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Tags: pakatan harapanPRU14Tsunami Melayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd