• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rajin Turun Padang Kekuatan Calon BN Bagan Serai

oleh AK-47
02/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Sentiasa turun padang untuk mendekati rakyat di peringkat akar umbi berbanding pembangkang menjadi kekuatan buat calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Rata-rata pengundi memuji kesungguhan penyandang kerusi tersebut Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang tidak hanya menunjukkan kelibat atau cuba mendampingi rayat apabila tiba musim pilihan raya.

Seorang pengundi, Salleh Mat Isa, 35, berkata calon BN sememangnya dikenali dalam kalangan penduduk sebagai seorang yang sentiasa peka dengan masalah rakyat dan akan berusaha untuk membantu mereka.

“Pendekatan ini diyakini berlainan dengan pembangkang yang hanya mengambil peduli pada musim pilihan raya, maka calon macam inilah yang perlu disokong pada PRU ini,” katanya kepada Bernama di sini.

Bagi S. Sargunan, 42, calon BN sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) sememangnya dikenali ramai kerana mereka sentiasa ada pada bila-bila masa diperlukan.

“Saya yakin dengan kemampuan semua calon untuk memenangi PRU14 kerana mereka amat disenangi rakyat,” katanya.

Pandangan sama turut disuarakan Tee Ah Liang, 38, yang mengakui kagum dengan calon pilihan BN untuk bertanding di kawasan tersebut.

“Selain mempunyai pengalaman, calon yang mampu berkhidmat dan disukai rakyat sewajarnya menjadi pilihan. Kita tidak mahu yang hanya datang pada musim pilihan raya untuk memancing undi,” katanya.

Sementara itu, Dr. Noor Azmi yang akan mempertahankan kerusi Bagan Serai buat penggal kedua berkata amanah rakyat kepadanya akan diteruskan kerana ia merupakan tanggungjawab yang tidak boleh dinafikan.

“Saya akan terus berkhidmat kerana rakyat di sini masih memerlukan pembelaan,” katanya sambil menambah pembinaan sekolah berasrama penuh di daerah Kerian masih menjadi perjuangannya demi keperluan penduduk.

Pada PRU14, Dr. Noor Azmi akan berdepan saingan tiga penjuru melibatkan calon PAS, Rohaya Bakar dan Adam Asmuni daripada PKR-Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Parlimen Bagan Serai mempunyai tiga DUN iaitu Alor Pongsu, Gunong Semanggol dan Selinsing dengan jumlah pengundi keseluruhan adalah seramai 59,293 orang. – BERNAMA

Tags: BNDatuk Dr Noor Azmi Ghazali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan mengingatkan Presiden UMNO supaya tidak menyamakan tahap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd