• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Pekan Pastikan 32,000 Anggota Mengundi

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – UMNO Bahagian Pekan akan memastikan 32,000 anggotanya keluar mengundi pada 9 Mei ini bagi mencapai sasaran 40,000 undi majoriti bagi Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen itu.

Setiausaha UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib berkata seramai 2,886 jentera Jalinan Rakyat (JR) Barisan Nasional (BN) akan bertugas mengambil dan menghantar pulang anggota UMNO yang menghadapi kekangan untuk keluar mengundi.

“Mereka (anggota UMNO) ini ialah aset utama kita jadi kita akan mudahkan mereka untuk keluar mengundi. Semua 56 pusat daerah mengundi (PDM) di Parlimen ini akan disediakan kenderaan yang mencukupi untuk mengambil mereka di rumah dan menghantar pulang selepas mengundi,” katanya kepada Bernama.

Katanya pendekatan yang sama juga akan dilakukan kepada pengundi lain kerana sasaran 40,000 undi majoriti diyakini mampu tercapai sekiranya 80 hingga 90 peratus dari 88,899 pengundi di Pekan keluar mengundi.

Dalam masa yang sama Ahmad Azmey mengharapkan pengundi di Pekan yang tinggal di luar kawasan Parlimen itu supaya pulang dan menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi.

Mengikut pecahan bagi Parlimen Pekan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya mempunyai 32,291 pengundi, DUN Chini (21,251 pengundi), DUN Pulau Manis (20,389 pengundi) dan DUN Bebar (14,968 pengundi).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertahankan kerusi Parlimen itu untuk penggal ke-10 dengan meletakkan sasaran 40,000 majoriti undi berbanding 35,613 majoriti undi pada PRU13. – BERNAMA

Tags: Datuk Ahmad Azmey Abu TalibUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd