• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

70 Bendera, Poster Calon BN Curi Perhatian

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Seorang pesara tentera menampilkan kelainan untuk menarik perhatianmasyarakat dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan menghiasi van miliknya menggunakan 70 bendera Barisan Nasional (BN) pelbagai saiz di sekitar Jeli.

Mohd Nasir Mustapa, 59, turut menampal poster calon BN bagi kerusi Parlimen Jeli dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta dua lagi calon BN iaitu Datuk Adhan​​​​​​​ Kechik bagi kerusi DUN Bukit Bunga dan Datuk Abdul Aziz Derashid di kerusi DUN Kuala Balah.

“Walaupun hanya mengibarkan bendera dan melekatkan poster di van, saya berbangga kerana ini akan memberi kesan dalam usaha memperkenalkan calon BN kepada pengundi di Parlimen Jeli dan tiga DUN di dalam kawasan ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Nasir berkempen dengan memasuki kampung serta tempat tumpuan awam sekitar kawasan parlimen berkenaan seperti kawasan membeli-belah Bukit Bunga, pasar, hentian bas dan teksi.

“Kos minyak untuk kenderaan saya disumbangkan oleh orang perseorangan dan menggunakan​​​​​​​ wang milik saya,” katanya.

Dalam keghairahannya berkempen membantu calon BN itu terdapat kalangan rakannya yang tidak menyukai pendekatan itu malah menganggap beliau “gila” namun tidak dipedulikannya kerana mengenangkan​​​​​​​ banyak jasa kerajaan BN kepada rakyat.

Beliau berharap pengundi akan keluar beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada​​​​​​​ 9 Mei ini. – BERNAMA

Tags: BNkempenPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd