• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Mustafa Terhadap Lim Bersifat Peribadi

oleh Ahmad Albab
30/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan Pulau Pinang adalah pendapat peribadi dan tidak mewakili parti, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau berkata sehubungan itu, kenyataan yang dikeluarkan Mustafa itu tidak menjejaskan hubungan antara PAS dan DAP dalam pakatan rakyat.

“Perhubungan kami (PAS-DAP) baik dan PAS masih dalam pakatan. Kenyataan Mustafa itu adalah bersifat peribadi dan bukan pendirian parti kerana kami tidak mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Persidangan dan Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang ke-6, di sini hari ini yang disempurnakan oleh Lim.

Pada Rabu, Mustafa dalam sidang akhbarnya dilapor membidas Lim, yang disifatkannya bercakap tidak benar sepenuhnya berkaitan isu pilihan raya kerajaan tempatan yang diperjuangkan DAP.

Mustafa berkata kenyataan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP yang mengatakan beliau (Mustafa) tidak membantah isu itu baru-baru ini, hanya pembohongan semata-mata.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dilaporkan berkata tindakan DAP yang memperjuangkan pilihan raya kerajaan tempatan boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei.

Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, memutuskan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata kenyataan Mustafa itu juga tidak menimbulkan masalah yang besar kepada parti dan ia boleh diselesaikan dengan mudah.

Ditanya mengenai cadangan Mustafa yang mencabar Lim bersemuka dan berdebat secara terbuka, Mohamad berkata: “Itu kena tanya mereka yang berkenaan, saya tidak boleh bercakap bagi pihak Mustafa Ali atau Lim Guan Eng”.

Sementara itu, usaha pemberita mendapatkan komen Lim sejak semalam berhubung perkara itu gagal apabila ketua menteri itu hari ini sekali lagi menyatakan tidak ada sidang akhbar daripada beliau. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd