• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Karier Badminton Zulfadli, Chun Seang Berkubur…

oleh Haris
02/05/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS juara badminton remaja dunia, Zulfadli Zulkiffli dan pemain profesional, Tan Chun Seang masing-masing dijatuhkan hukuman penggantungan selama 20 dan 15 tahun.

Kedua-duanya malahan dilarang keras daripada menyertai sebarang aktiviti melibatkan sukan badminton dalam tempoh tersebut.

Mereka didapati melanggar Kod Tatatertib Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membabitkan aktiviti mengatur perlawanan, pertaruhan dan menentukan keputusan perlawanan.

Sepanjang tempoh penggantungan, Zulfadli dan Chun Seang tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti melibatkan sukan tersebut termasuklah di bahagian kejurulatihan, pengadilan atau pembangunan.

Zulfadli Zulkiffli

Mereka juga tidak dibenarkan terlibat dengan bahagian pengurusan dan juga merasmikan apa jua program atau aktiviti melibatkan badminton.

Zulfadli yang suatu ketika dahulu dianggap sebagai pemain pelapis berbakat besar didapati terbabit melanggar 27 kesalahan Kod Tatatertib 2012 dan empat Kod Tatatertib 2016 Pertaruhan dan Mengatur perlawanan.

Manakala Chun Seang pula terlibat dalam 26 pelanggaran Kod Tatatertib 2012 Pertaruhan dan Mengatur Perlawanan.

Justeru, Panel Etika Pendengara BWF turut mengenakan denda kepada dua pemain tersebut di mana Zulfadli perlu membayar sebanyak AS$25,000 (RM98,162) dan Chun Seang dikehendaki membayar denda sebanyak AS$15,000 (RM58,897).

Tan Chun Seang

Panel bebas yang mengendalikan pendengaran itu juga dalam satu kenyataan hari ini mendedahkan bahawa Zulfadli dan Chun Seang sudah terlibat dengan kegiatan mengatur perlawanan dalam beberapa siri kejohanan sejak tahun 2013.

“Bagaimanapun, Zulfadli lebih banyak melakukan kesalahan dan melakukannya untuk tempoh lebih lama berbanding Chun Seang, selain dapat dibuktikan telah memanipulasi keputusan dalam empat perlawanan,” tulis kenyataan itu.

Namun begitu, Zulfadli dan Chun Seang mempunyai hak untuk membuat rayuan di bawah Klausa 14 Prosedur Kehakiman BWF.

Tempoh penggantungan ke atas dua pemain itu bermula dari 12 Januari lalu di mana kali pertama mereka dikenakan penggantungan sementara oleh BWF selepas kedua pemain dihidu terlibat dengan aktiviti rasuah.

Hukuman tersebut dilihat mengakhiri karier kedua pemain itu dalam sukan badminton di mana Zulfadli dan Chun Seang masing-masing sudah berumur 25 dan 31 tahun.

Untuk makluman, kedua pemain tersebut merupakan pemain bebas dan bukan pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Zulfadli mula dikenali peminat badminton Malaysia selepas menjuarai Kejohanan Dunia Remaja pada tahun 2011 menwaskan Viktor Axelsen di pusingan akhir.

Bagaimanapun, prestasi Zulkifli selepas tu dilihat merudum dan gagal memberi saingan di peringkat profesional.

Manakala pemain yang ditewaskannya, Axelsen menunjukkan peningkatan prestasi yang tinggi sehingga menjadi pemain nombor satu dunia mengikut ranking pemain perseorangan lelaki BWF. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: BWFtan chun seangZulfadli Zulkifli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BWF Tunda Piala Thomas, Uber

15/09/2020
0

PERSEKUTUAN Badminton Dunia (BWF) membuat keputusan untuk menangguhkan kejohanan Piala Thomas dan Uber 2020 selepas mengeluarkan satu kenyataan hari ini. ...

BWF Tidak Tahu Keputusan Rayuan Zulfadli, Chun Seang

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Panel bebas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan berhubung rayuan oleh dua pemain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd