• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia X Mula Perkhidmatan Ke Amritsar Pada Ogos

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – AirAsia X akan memulakan penerbangan ke Amritsar, bandar di utara India, mulai 16 Ogos bagi memenuhi peningkatan trafik dan transit pelancongan yang ketara dari negeri Punjab.

Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu akan menyediakan empat penerbangan seminggu antara Kuala Lumpur dan Amritsar, masing-masing pada Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad.

“Ramai masyarakat Sikh dan Punjabi meminta kami terbang terus ke Amritsar, tempa Kuil Emas yang terkenal di dunia, dan kami gembira dapat menawarkan perkhidmatan terus ini ke bandar suci ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail, di Amritsar pada Selasa.

“Laluan baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan kedudukan kami di India, yang menawarkan potensi kemungkinan untuk berkembang ke Eropah dan Amerika Utara,” katanya.

Amritsar ialah destinasi ketiga India bagi AirAsia X, dan destinasi ke-21 di India oleh Kumpulan AirAsia. Dua lagi destinasi AirAsia X ialah New Delhi dan Jaipur.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Punjab Navjot Singh Sidhu, bekas bintang kriket terkemuka, berkata perkhidmatan terus Malaysia itu akan meningkatkan tarikan Amritsar sebagai destinasi memandangkan Kuil Emas sahaja berjaya menarik 125,000 pengunjung setiap hari.

“Kami mengalu-alukan AirAsia X ke Amritsar, dan kami gembira kerana diaspora Punjabi dan pelancong asing dari destinasi dalam rangkaian luas AirAsia termasuk Australia dan New Zealand, akan dapat melakukan perjalanan ke Amritsar dan Punjab,” kata Sidhu.

“Penerangana terus AirAsia X ke Amritsar sangat penting untuk masyaakat Punjabi di seluruh dunia, memandangkan ia bukan sahaja destinasi pilihan untuk diaspora Punjab, bahkan pelancong asing. Perhubungan merupakan nadi pelancongan di Punjab, dan syarikat penerbangan itu menawarkan rangkaian luas penyambungan yang akan menghubungkan Amritsar ke bandar-bandar lain operasi perkhidmatan AirAsia ke seluruh dunia,” kata Sidhu.

Syarikat penerbangan itu menawarkan tambang promosi untuk tempoh terhad bermula dari 3,555 rupee (RM 208) satu hala untuk tempat duduk ekonomi dan 11,900 rupee satu hala untuk kelas Premium Flatbed.

AirAsia X berkata laluan baharu itu berpotensi menawarkan 156,832 tempat duduk setahun antara Kuala Lumpur dan Amritsar. – BERNAMA

Tags: AirAsia X
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Tak Kata AirAsia Dapat Manfaat Prosedur ‘Offset’

07/02/2020
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak pernah menyatakan bahawa tuduhan pemberian rasuah ke atas AirAsia adalah transaksi...

Mahathir Kata Minta ‘Offset’ Bukan Rasuah

06/02/2020
0

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, permintaan mendapatkan timbal balas atau offset, adalah sesuatu yang lumrah dalam perniagaan asalkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd