• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setahun Lepas Ibunya Pergi, Shaiful Turut Dijemput Allah

oleh
01/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA sangka, tahun lalu Amat Saruna telah kehilangan isteri tercinta dan semalam, dia sekali lagi kehilangan anak lelakinya yang maut dalam kemalangan jalan raya di Pekanbaru, Riau, Indonesia.

Amat merupakan bapa kepada salah seorang mangsa iaitu Mohammad Shaiful Bukhari, 25, penuntut Universiti Islam Negeri Sultan Sharif Kasim PekanBaru Riau dalam bidang syariah dan undang-undang.

Baca: Jenazah Dua Pelajar Malaysia Dijangka Tiba 1 Mei

Juga: Tak Tahan Sebak, Ameer Pergi Ketika Hari Lahir Ibu

“HARI ini genap setahun ibunya meninggal dan semalam anak pula meninggalkan saya,” kata Amat ketika dihubungi oleh pihak NSTP semalam.

Mohammad Shaiful yang berasal dari Kampung Muanad Satu, Beluran, Sandakan, Sabah itu merupakan pelajar tahun akhir di universiti berkenaan  dan dia sepatutnya menggenggam ijazah pada Ogos hadapan.

Difahamkan Amat menerima berita tentang kemalangan yang menimpa anak pertamanya itu pada malam semalam manakal jenazah dijangka tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6 petang hari ini.

“Besar harapan saya kepada arwah, namun Allah SWT lebih menyayanginya. Saya tidak dapat gambarkan kesedihan saya,” tambahnya lagi.

Mohamad Shaiful dan rakannya, Ameer Hakimi Azman 20, telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya akibat motosikal yang mereka naiki telah terlanggar dengan sebuah lori yang berhenti di tengah jalan dekat Pekanbaru.

Difahamkan, Mohamad Shaiful telah menghembuskan nafas yang terakhir ketika dirawat di Rumah Sakit Aulia pada pukul 5 petang hari kejadian.

Manakala, Ameer Hakimi pula telah disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dibawa pulang ke hospitaal berlainan.

Kali terakhir Amat bertemu dengan anak kesayangannya itu ialah pada sekitar Mac lalu iaitu ketika dia pulang bercuti ke kampung halaman sebelum kembali semula ke Indonesia pada 17 Mac untuk menyambung semula pelajaran.

Jenazah dijangka dibawa ke Sandakan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Muanad Satu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: kemalangan mautNetizenpelajar Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd