• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Dr. Fadi: Jenis Senjata Dikenal Pasti

oleh Ahmad Albab
01/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti jenis senjata dan beberapa kelongsong peluru yang digunakan oleh dua suspek dalam kes pembunuhan imam dan pensyarah dari Palestin, Dr. Fadi M R Albatsh di ibu negara bulan lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata polis juga telah mengenal pasti penyewa sebenar motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Versys yang digunakan oleh suspek serta inap desa yang disewa oleh mereka.

“Cuma, kita masih belum menerima laporan terperinci mengenai perkara tersebut, namun sudah memperoleh beberapa bukti baharu antaranya jenis senjata dan kelongsong peluru yang digunakan oleh suspek.

“Saya berharap pihak Jabatan Siasatan Jenayah meneruskan siasatan dan dapat menjejaki kedua-dua suspek utama dalam kes berkenaan,” katanya.

Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kampung Peluasan Skop Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) – Program Menghubung Menyatu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Parlimen Bagan Datuk di Kampung Pasang Api di sini, hari ini.

Pada 21 April lalu, Fadi, 35, ditembak mati di luar kondominium Idaman Puteri di Setapak, semasa berjalan menuju ke Surau Medan Idaman untuk mengimami solat Subuh, kira-kira pukul 6 pagi.

Jenazah mangsa ,yang merupakan pensyarah kanan dalam bidang kejuruteraan elektrik di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), selamat dikebumikan di Gaza, Palestin pada 28 April lalu. – BERNAMA

Tags: Dr Fadi Mohammed Al Batshkes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd