• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tutup Wajah Tun M: PH N.Sembilan Akur Arahan SPR

oleh Ahmad Albab
01/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan akur dengan peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya gambar Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad yang terdapat dalam poster-poster kempen pembangkang itu ditutup atau diturunkan.

Timbalan Pengerusi PH Negeri yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook berkata tindakan itu dibuat bagi menghalang semua poster dan papan tanda kempen parti itu diruntuhkan SPR.

“Kita tak mahu mereka (SPR) runtuhkan papan tanda besar yang ada gambar calon kawasan itu bersama-sama Mahathir, jadi kita memutuskan untuk tampal (tutup) gambar (Mahathir) untuk elak perkara itu terjadi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada 24 April lepas, Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata suruhanjaya itu mengenakan syarat-syarat tambahan penggunaan bahan kempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi memastikan aktiviti kempen yang melibatkan parti-parti bertanding dapat dijalankan secara aman dan lancar serta tidak mengelirukan pengundi.

Antara syarat tambahan itu ialah dihadkan kepada gambar dua pemimpin utama parti politik iaitu Presiden (atau setaraf dengannya) dan Timbalan Presiden (atau setaraf dengannya) bagi parti politik yang bertanding (berdasarkan kepada penggunaan lambang/simbol parti politik yang didaftarkan oleh calon semasa Hari Penamaan Calon).

Bahan kempen tersebut boleh digabungkan atau diletakkan secara berasingan bagi gambar kedua-dua pemimpin utama parti politik.

Gabungan gambar pemimpin utama parti politik di atas satu bahan kempen yang sama hanya dihadkan kepada Presiden (atau setaraf dengannya), Timbalan Presiden (atau setaraf dengannya), Pengerusi Perhubungan Negeri Parti (atau setaraf dengannya), Menteri Besar/Ketua Menteri dan calon (berdasarkan kepada penggunaan lambang/simbol parti politik yang didaftarkan oleh calon semasa Hari Penamaan Calon). – BERNAMA

Tags: pakatan harapanSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menolak tanggapan bahawa gelombang biru dan...

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh yakin PH akan bangkit dalam masa terdekat. Kata beliau,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd