• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Anggap Parti Bukan BN, PH Pengacau Undi

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan parti-parti politik selain BN dan PH yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini tidak lebih daripada hanya sebagai “pengacau undi”.

Menteri Besar Selangor itu yang secara jelas merujuk kepada PAS dengan berkata, parti itu tidak mampu membentuk kerajaan sekalipun menang beberapa kawasan Parlimen dalam PRU14.

“Kita dalam kertas undi mudah saja, ada dua parti yang serius sebenarnya, satu BN dan satu lagi Pakatan Harapan. Kalau ada yang lain masuk jangan bimbang, itu pengacau sahaja, dia nak kacau sahaja,” katanya ketika berucap pada ceramah PH di Bukit Kapar di sini, malam tadi.

Sementara itu, beliau yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa, berkata PH bersedia menghadapi pertandingan berbilang penjuru dalam PRU14 kali ini.

Pada PRU ke-13, Mohamed Azmin menang kerusi Parlimen Gombak dengan majoriti 4,734 undi menewaskan calon BN dan Bebas, manakala bagi kerusi DUN Bukit Antarabangsa pula, beliau menumpaskan calon BN dengan kelebihan 4,044 undi. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Azmin AliPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd