• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahap Kesihatan ‘Mr. Grey’ Makin Baik, Ansur Pulih

oleh
02/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHAP kesihatan tonggak utama drama drama, Mr. Grey iaitu Fendy Bakry yang dilaporkan mengalami penyakit misteri kini semakin pulih selepas hampir sebulan menerima rawatan.

Memetik kenyataan Pengurus Besar Prokuya Studio, Fadzil Zahari berkata, pelakon itu mula menunjukkan perubahan positif dan hal tersebut tentunya sangat menggembirakan semua pihak.

“Alhamdulillah, keadaannya bertambah baik dan perkembangan itu beri tanda positif untuk lihat Fendy segera pulih. Kami juga sentiasa berharap dia akan kembali sihat dan dapat bekerja seperti biasa,” kata Fadzil dipetik BH Online.

Fadzil dalam pada itu turut memberitahu Fendy menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak henti-henti memberi galakan serta mendoakan kesihatannya.

“Semua ini berkat doa mereka yang tidak pernah jemu beri kata semangat untuk melihatnya sembuh seperti sedia kala. Fendy sangat berterima kasih kepada peminat yang setia mendoakan kesihatannya,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Fendy menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik selain turut mempromosikan drama lakonannya yang masih ditayangkan.

“Salam semua. Hangpa sihat ka? Alhamdulillah abang okay. Kita jumpa lagi malam ini,” tulis pemilik nama sebenar Mohd Affandi Nor Bakri itu.

Salam semua… hangpa sihat ka?? Alhamdulillah abang okay ☺ kita jumpa lagi malam ni #DramaMrGrey

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on Apr 29, 2018 at 11:25pm PDT

Baca: ‘Mr. Grey’ Jatuh Sakit, Balik Kampung Untuk Berubat

Juga: Sukar Bercakap, Kesihatan ‘Mr. Grey’ Makin Merosot

Sebelum ini, Fendy dilaporkan mula mengalami sakit kepala dan badannya juga lemah sehingga tidak mampu untuk membuat apa-apa pekerjaan ketika menjalani penggambaran.

Disebabkan itu, pelakon berkenaan kini sedang menjalani rawatan alternatif dengan berubat cara kampung di kediaman keluarganya di Perlis. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: FENDY BAKRYMR. GREY
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sudah Sihat Tapi Perlu Rawatan Susulan – Fendy

11/10/2018
0

PELAKON Fendy Bakry masih perlu menjalani rawatan susulan biarpun keadaan kesihatanya semakin baik. Fendy, 30, berkata dia kini hanya menunggu...

Akhirnya Ada Yang Faham Kenapa Fendy Bakry Kurus

25/09/2018
0

PELAKON Fendy Bakry lega akhirnya ada netizen yang memahami keadaan tubuh badanya yang dikatakan semakin kurus. Fendy berkata, dia tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd