• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Temu Jodoh, Tasha Tak Mahu Terburu-Buru

oleh
01/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA selebriti lain kebanyakannya sudah mendirikan rumah tangga, pelakon Tasha Shila pula masih tenang menantikan kehadiran pemilik hatinya.

Tasha tidak berasa bimbang walaupun ketika di usia 31 tahun, dia masih belum bertemu jodoh kerana baginya tiada apa yang perlu dirisaukan dan Allah telah mengatur perjalanan hidupnya.

Malah, dia atau nama sebenarnya Nastasha Sheila Abdul Razak, turut menerima dengan hati yang terbuka walaupun adik bongsunya, Ella telah mendirikan rumah tangga terlebih dahulu daripada dirinya.

“Sebagai kakak, saya tumpang gembira dan sentiasa doa yang terbaik untuknya. Alhamdulillah, dia akhirnya bertemu cinta sejati. Melihat senyuman adik pada hari bersejarahnya sudah cukup buat saya gembira.

“Tidak timbul istilah langkah bendul hanya kerana saya belum bertemu jodoh. Ia hanya istilah yang dicipta manusia, sedangkan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita,” katanya dipetik daripada portal BH Online. 

Tambah pelakon drama Sedingin Cinta Antasya itu lagi, jika sudah tiba masanya untuk menamatkan zaman bujang, pasti ia akan terjadi sama ada cepat ataupun lambat.

Ketika majlis perkahwinan adiknya pada 20 April lalu, Tasha berasa lega kerana dia dapat meluangkan masa bersama mereka walaupun sewaktu itu dia sedang sibuk menjalani penggambaran drama berjudul Air Mata Syurga di kota Perth, Australia.

Walaupun jadualnya agak padat, Tasha tetap bersyukur kerana dia masih mampu mengatur beberapa masa terluang bagi menyerikan lagi majlis resepsi adik kesayangannya itu pada Ahad lalu.

“Risau juga kerana saya sibuk di lokasi penggambaran, selain terpaksa ke luar negara. Syukur kerana semuanya berjalan lancar dan saya sempat meraikan hari bahagia adik,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, pelakon kelahiran Ampang, Selangor itu turut mengakui bahawa dia kini sedang mengenali hati budi seseorang.

Namun, dia memilih untuk merahsiakan identiti jejaka tersebut dan mahu memberi fokus utama kepada kerjayanya terlebih dahulu sebelum memikirkaan tentang perancangaan masa hadapaan.

“Saya tidak mahu ulas lanjut mengenai perkara peribadi, memadai jika semua pihak mendoakan yang terbaik. Kalau ada jodoh, insya-Allah tidak akan ke mana.

“Lagipun, saya lebih menyukai perhubungan yang matang dan tidak mahu membuang masa bercinta,” kata Tasha. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Netizentasha shila
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd