• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yakin Dan Percaya Kepada Barisan Nasional

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya terus yakin dan percaya kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan BN bukan bekerja sekadar untuk hari ini tetapi komited untuk masa depan Malaysia, dan apa yang dilakukan sentiasa ‘rakyat diutamakan’.

“Rakyat mendahului politik, penyampaian dan bukan retorik. Undilah untuk pemimpin yang bukan sahaja berjanji tetapi menunaikannya.

“Undilah bukan sekadar berteraskan emosi dan sentimen tetapi fakta yang tersedia. Undilah BN, 1Malaysia Hebatkan Negaraku,” kata Najib menerusi video mesej yang dimuat naik di laman rasmi Youtube beliau, malam ini.

Menurut Najib, apabila beliau mengambil tampuk kepimpinan negara pada 2009, beliau berjanji kepada rakyat Malaysia bahawa beliau akan terus komited untuk memenuhi keperluan aspirasi dan keinginan semua rakyat.

“Janji inilah yang menjadi panduan dan motivasi buat saya saban hari dalam melunaskan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.

“Tugas saya belum berakhir dan saya bertekad untuk melengkapkannya.

“Saya beri jaminan bahawa apa yang diperkatakan hari ini bukan omong kosong tetapi adalah komitmen dan dedikasi saya kepada rakyat,” kata Najib.

Dalam pada itu, beliau turut menyenaraikan beberapa contoh dugaan dan cabaran yang dihadapi negara yang berjaya diharungi berbekalkan kecekalan seluruh rakyat.

“Tragedi MH370 dan MH17 misalnya, yang menggemparkan negara, namun saya berbangga dan terharu dengan cara bagaimana kita bersatu padu sebagai sebuah negara untuk melaluinya.

“Semasa krisis kewangan global dan sekali lagi semasa kejatuhan mendadak harga minyak menyebabkan banyak ekonomi dunia menderita, kita kekal berdaya tahan kerana dasar ekonomi kita yang kukuh kerana kita telah bersedia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd