• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Rakan Setia Barisan Nasional – Najib

oleh Ahmad Albab
01/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Sabah adalah rakan setia Barisan Nasional (BN) yang sentiasa menyokongnya tanpa mengira keadaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sabah adalah rakan setia BN. Dalam keadaan senang dan susah, Sabah tak pernah berganjak daripada terus sokong BN,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 10,000 hadirin sempena majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, calon-calon Parlimen Kalabakan dan Palimen Tawau, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh dan Datuk Mary Yap Kain Ching serta semua calon BN bagi Dewan Undangan Negeri Sebatik, Merotai, Tanjong Batu, Apas, Balung dan Sri Tanjong.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata sebagai rakan setia, Sabah di bawah kepimpinan Musa dan rakan-rakan komponen lain sentiasa bersama BN kecuali beberapa pemimpin negeri ini yang disifatkannya ‘tergelincir’ dari parti itu.

“BN Sabah di bawah pimpinan Tan Sri Musa Aman dan rakan-rakannya, mereka anggap kesetiaan itu sebagai nilai yang sangat penting. Wala’ kepada penimpin,” kata beliau.

Najib berkata pemimpin ‘tergelincir’ berkenaan hilang kesetiaan apabila kepentingannya tidak dipenuhi.

“Ada yang wala’ apabila ada jawatan. Kalau cita-cita peribadi mereka tercapai, (mereka) wala’. Kalau tak dapat, lain cerita. Dia tak wala’. Dia bantai pula,” katanya yang merujuk keinginan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang kini presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.

Semasa mendedahkan perkara itu, Najib yang juga Presiden UMNO berkata sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mohd Shafie menemuinya untuk menyatakan hasratnya bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Bagaimanapun, beliau memberitahu Mohd Shafie tidak boleh bertanding di DUN Sabah kerana sudah pun menyandang jawatan sebagai menteri kanan di peringkat Persekutuan.

“(Saya beritahu beliau supaya) teruskan kerja membela orang kampung dengan pembangunan luar bandar. Jangan nak kejar jawatan ketua menteri. Di depan saya, beliau tak cakap banyak. Beliau pun keluar dari bilik (saya). Rupa-rupanya, beliau simpan dalam hati. Beliau tunggu, kalau ada peluang, nak tikam saya dari belakang.” – BERNAMA

Tags: BNDatuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd