• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Pastikan Lebih Banyak Pembangunan Sabah

oleh AK-47
01/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sokongan serta kesetiaan rakyat Sabah kepada Barisan Nasional (BN) adalah penting bagi membolehkan lebih banyak pembangunan dibawa ke negeri ini untuk dinikmati semua lapisan rakyat.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman berkata BN telah melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan untuk memastikan Sabah berupaya membangun pesat dan moden, sejajar dengan rancangan transformasi termasuk memajukan semua kawasan tidak hanya di bandar tetapi juga di luar bandar.

“Pendek kata, kita (kerajaan) menyediakan banyak kemudahan untuk rakyat selain meningkatkan kemahiran dan sosioekonomi dalam pelbagai bidang. Inilah bukti jelas, menunjukkan komitmen tinggi kita dalam menunaikan janji pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.

“Kita ada perancangan serta pelaksanaan jelas dan teratur selain kesungguhan politik. Dengan komitmen dan kerjasama penjawat awam serta swasta dan sokongan rakyat, kita turun padang, mendengar masalah rakyat, mencari penyelesaian, merancang serta melaksanakan agenda pembangunan,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pada Majlis Perasmian Program Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat Peringkat Zon Pantai Barat Selatan di sini hari ini.

Musa berkata BN tidak pernah berjanji kosong mahupun bercakap bohong seperti pembangkang kerana BN komited menunaikan segala janji, sekali gus memenuhi mandat besar rakyat sejak dahulu lagi.

“Rekod kejayaan telah terbukti, kita adalah kerajaan prihatin, ikhlas dan sentiasa bertanggungjawab membantu menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Mengenai Yayasan Sabah, beliau berkata kekukuhan dan kestabilan agensi itu telah dapat dinikmati rakyat negeri ini menerusi pemberian biasiswa, pembinaan pusat kraftangan serta menaik taraf Kolej Yayasan Sabah kepada Kolej Universiti Yayasan Sabah yang jelas memberi peluang pendidikan dan pekerjaan.

“Jika sebelum ini, ada pihak tertentu mendakwa Yayasan Sabah sudah bankrap (muflis) dengan melemparkan fitnah dan tohmahan serta bercakap tanpa fakta dan bukti, namun ternyata itu semua adalah pembohongan semata-mata.

“Sebagaimana kita saksikan pada hari ini, Yayasan Sabah terus kukuh dan stabil serta dapat melaksanakan agenda dan aktiviti seperti biasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Musa Aman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Musa Tidak Didakwa Pada 2012 Kerana Kes Dana Politik

09/11/2018
0

PUTRAJAYA - Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman pada...

Musa Aman Akan Cabar Keputusan Mahkamah

07/11/2018
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman akan merayu terhadap keputusan oleh Mahkamah Tinggi di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd