• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tokan’ Campak Dadah Ke Belukar Elak Ditahan

oleh AK-47
30/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUKAH – lelaki dipercayai ‘tokan’ dadah bertindak melemparkan bungkusan berisi syabu bagi mengelak ditahan polis, dalam serbuan di berhampiran Jambatan Kampung Sungai Ragei, Sarawak semalam.

Bagaimanapun, taktik lelaki tempatan berusia 23 dan 31 tahun itu tidak berjaya apabila mereka dicekup bersama dadah berkenaan oleh polis di tempat kejadian.

Sumber berkata, polis mendapat maklumat berhubung aktiviti pengedaran dadah di jambatan berkenaan daripada penduduk kampung.

Katanya, sepasukan polis bergegas ke lokasi dan melakukan pemantauan sebelum mendapati ada dua lelaki di dalam sebuah kenderaan dan dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, mereka dipercayai pengedar dadah sedang menunggu pelanggan di kawasan berkenaan.

“Polis menghampiri kenderaan suspek tetapi hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang bahan terlarang pada kedua-dua individu itu dan di dalam kenderaan terbabit.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, kedua-dua suspek mencampakkan plastik berisi dadah dibawa mereka ke kawasan belukar berhampiran, sejurus menyedari kehadiran polis.

“Ternyata, `tuah’ tidak menyebelahi mereka apabila hasil pencarian polis di kawasan belukar itu menemui sebungkus plastik lut sinar dipercayai mengandungi methamphetamin seberat 0.80 gram,” katanya.

Berikutan penemuan itu, kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek.

Beliau berkata, kedua-duanya ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 – myMetro Online

Tags: PDRMSyabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd