• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Lancar Manifesto ‘Moh Hebatkan Temerloh Kite’

oleh Ahmad Albab
30/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Barisan Nasional (BN) Temerloh hari ini melancarkan manifesto khas untuk kawasan Parlimen itu bertemakan ‘Moh Hebatkan Temerloh Kite’ bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini yang mengandungi 16 inisiatif utama.

Pengerusi BN Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata manifesto berteraskan empat kluster iaitu ekonomi, gaya hidup, pendidikan dan perumahan adalah untuk menjadikan Temerloh yang terkenal sebagai bandar titik tengah Semenanjung itu lebih maju, selesa, makmur dan perkasa.

“Semua manifesto yang kita janjikan ini adalah merupakan keperluan rakyat, hasil maklum balas yang diberikan oleh penduduk di bandar dan luar.

‘Sebagai contoh untuk kluster ekonomi, kita mempunyai sembilan inisiatif yang akan dilaksanakan, antaranya jambatan kedua Temerloh yang akan memulakan pembinaan pada penghujung tahun ini dengan kos RM180 juta termasuk Masjid Kampung Tebal yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika pelancaran manifesto berkenaan di Pejabat UMNO Temerloh, di Mentakab di sini, hari ini. Turut hadir calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab, Datuk Wong Tat Chee dan calon BN DUN Kuala Semantan, Datuk Nor Azmi Mat Ludin.

Selain itu, Temerloh juga akan menjadi pusat pertumbuhan ekonomi baharu apabila kerajaan akan membina stesen Laluan Rel Pantai Tumur (ECRL) di Mentakab yang pastinya akan turut memberi kesan limpahan kepada penduduk, katanya.

Katanya jika dberikan mandat, BN juga akan terus memperkasakan Temerloh sebagai kawasan eko pelancongan kebangsaan, termasuk memperkenalkan bandar itu sebagai hab ikan air tawar, dan menjenamakan semula Pekan Sehari Temerloh yang merupakan pasar pagi terpanjang di Malaysia.

“Kita juga merancang untuk membangunkan Bandar Baharu Lanchang sebagai pemangkin ekonomi di kawasan itu selain membina loji rawatan air moden bernilai RM100 juta bagi menampung keperluan 6,000 pengguna di Lanchang, Mentakab dan kawasan perumahan baharu sekitarnya.

“Sebuah persimpangan baharu juga akan dibina di Kampung Batu Kapur dari Lebuhraya Pantai Timur untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas selain membina sebuah Pusat Transformasi Bandar (UTC) mini untuk keperluan penduduk.

“Bagi kluster gaya pula membabitkan empat inisiatif iaitu pembinaan sebuah kompleks sukan di Hulu Tualang dan menjadikan Temerloh sebagai bandar bagi aktiviti Car Boot Sale dan Pasar Karat serta Food Truck, menaik taraf Jalan Mok Hee Kiang, Mentakab sebagai Mentakab Walk dan menambah tiga pusat dialisis dengan peruntukan RM3 juta.”

Mohd Sharkar berkata, untuk kluster pendidikan pula dua inisiatif akan dilaksanakan iaitu membina sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang mampu menempatkan 5,000 hingga 6,000 pelajar dan memperkasakan lagi pusat tahfiz di kawasan Parlimen berkenaan.

Bagi inisiatif perumahan pula, BN Temerloh juga akan membina 1,500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Semantan dan Mentakab termasuk 500 unit yang telah siap di Kampung Bongsu dengan 100 unit akan khususkan untuk masyarakat India. – BERNAMA

Tags: Parlimen TemerlohPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd