• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomoh ‘Islam’ Guna Pistol Mainan Rawat Pesakit?

oleh AK-47
30/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK sekian lama, ramai dalam kalangan masyarakat memilih kaedah rawatan secara saintifik berbanding dengan kaedah rawatan alternatif tradisional.

Tidak dinafikan, masih ramai yang tegar menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan bomoh atau dukun sebagai salah satu kaedah merawat apa sahaja permasalahan samaada disihir mahupun diserang penyakit misteri.

Cara tradisional ini juga sering dikaitkan dengan amalan pemujaan jin yangn kononnya mengamalkan cara perawatan Islamik, namun hakikat sebenarnya sudah jauh terpesong dari syariat islam.

Pun begitu, netizen di media sosial sejak semalam dikejutkan dengan aksi seorang perawat ‘islam’ yang merawat beberapa pesakitnya menggunakan sepucuk pistol mainan kanak-kanak.

Menerusi perkongsian daripada bomoh itu sendiri di laman Facebook Perubatan Islam Ustaz Raffi,  individu itu dilihat ‘menembak’ salah seorang pesakitnya beberapa kali di bahagian anggota badan seperti dada, kepala dan tangan.

Mungkin ianya agak melucukan apabila kedengaran bunyi ‘phew, phew, phew’ dari pistol tersebut yang terang terang keanak-anakan.

Aksi ‘menembak’ itu kemudian diteruskan sambil melaungkan beberapa potongan ayat dipercayai kitab Al-Quran sehingga meminta pesakit wanita itu membuka mata kembali.

Kaedah rawatan pelik itu lantas menimbulkan rasa musykil dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan perawat berkenaan cuba bermain-main dengan pesakitnya.

Namun apa yang pasti, kebanyakan netizen meluahkan pendapat mereka mengecam tindakan bomoh itu yang secara jelas mengulangi perbuatan khurafat seperti yang pernah dilakukan oleh Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin beberapa tahun lalu.

“Orang-orang separuh waras macam ni la yang merosakkan satu-satu agama atau amalan, lebih-lebih lagi muncul tukang-tukang back up dalam ruang komen yang dah sah memang nampak separuh waras tapi masih nak di back up,” tulis Joe Edwin Banau.

“Amatlah diharapkan agar pembekal pistol mainan tidak menaikkan harga sesuka hati berikutan penggunanya bukan hanya kanak-kanak, malah golongan yang matang juga menggunakannya,” kata Mohd Fridaus Abd Rahim. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BomohPistol Mainan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bomoh Cabul Budak Disambung Reman 6 Hari

Bomoh Cabul Budak Disambung Reman 6 Hari

08/02/2025
0

CHUKAI: Seorang bomoh muda yang dipercayai mencabul budak perempuan berusia 11 tahun pada 31 Januari lalu, disambung reman enam hari...

Bawa Pistol Mainan, Larikan Mesin Wang Tunai

Bawa Pistol Mainan, Larikan Mesin Wang Tunai

01/06/2023
0

Kota Bharu : Seorang lelaki yang membawa pistol mainan dan melarikan mesin wang tunai sebuah kedai roti di Jalan Pintu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd