Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Ribut Isis Tukar Nama...

GENEVA – Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) berpusat di sini pada Jumaat akhirnya menukar...

Gambar Peminjam Wang Disebarkan...

BERIBU-RIBU gambar bogel yang melibatkan pelajar wanita di universiti di China, yang dijadikan sebagai...

Azizulhasni Layak Acara Pecut...

KUALA LUMPUR - Pelumba berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang, melayakkan diri dalam...

Malaysia Umum Resolusi Pada...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan resolusi Malaysia...

Bawa Pistol Mainan, Larikan Mesin Wang Tunai

Kota Bharu : Seorang lelaki yang membawa pistol mainan dan melarikan mesin wang tunai sebuah kedai roti di Jalan Pintu Pong di sini, ditahan polis tidak sampai lima jam selepas melakukan jenayah itu kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, lelaki berusia 40-an ditahan pada 12.30 tengah hari di bandar ini selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan kejadian berlaku kira-kira 8 pagi hari sama.

“Ketika kejadian, suspek datang bersendirian ke kedai berkenaan dan berlegar-legar sambil memegang objek disyaki pistol mainan.

“Lelaki itu kemudiannya ke kaunter juruwang dan melarikan mesin wang. Ketika kejadian semua pekerja sedang membuat roti dan kek di tingkat atas kedai,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.


Katanya, hasil maklumat, polis berjaya membuat tangkapan dan suspek sudah direman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi dua minit 21 saat sejak semalam, memaparkan kejadian lelaki itu melarikan mesin wang tunai terbabit.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori