• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Motosikal Buat Hal, Lori Kargo Tanggung Akibat

oleh
30/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH lori kargo kemalangan terjunam ke dalam Sungai Kerayong, ibu kota gara-gara mengelak sebuah motosikal masuk ke laluan bertentangan.

Insiden tersebut berlaku ketika kedua-dua kenderaan bertembung di atas jambatan Jalan Lima, Chan Sow Lin kira-kira jam 9.15 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, ketika kejadian lori tersebut dalam perjalanan menghantar muatan pakaian ke Tampoi, Johor.

“Terkejut dengan tindakan penunggang motosikal itu, pemandu lori berkenaan cuba mengelak daripada melanggarnya.

“Bagaimanapun, lori berkenaan hilang kawalan sebelum merempuh penghadang besi di kanan jambatan dan jatuh ke dalam Sungai Kerayong,” katanya ketika pada Harian Metro, semalam.

Sumber : Harian Metro

Pemandu lori, Noor Azuan Abdul Rahman, 41, dan kelindannya, Isma Muharis Ismail, 28, masing-masing mengalami kecederaan ringan di kepala dan muka akibat terkena serpihan cermin depan lori yang pecah.

Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan.

Nasib kedua-dua mangsa baik apabila air Sungai Kerayong hanya separas 0.5 meter ketika lori yang dipandu tersebut terjunam dengan ketinggian hampir 20 meter.

Pihak polis masih menjalankan sisatan dan mana-mana saksi yang berada di tempat kejadian diharap tampil untuk membantu pihak polis. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: kemalanganlorimotosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd