• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota AADK Redah Hujan Untuk Cekup Penagih

oleh AK-47
30/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMBILAN individu dipercayai penagih dadah ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Padang Terap, dalam tiga serbuan berasingan di Padang Terap.

Mereka yang berusia antara 17 hingga 40 tahun itu ditahan dalam serbuan sejak 11 pagi semalam sehingga 2 pagi, hari ini.

Ketua AADK Padang Terap, Zainol Abidin Ismail berkata, bertindak hasil maklumat awam dan risikan, pihaknya menyerbu beberapa lokasi di sekitar daerah berkenaan.

Beliau berkata, ia termasuk kawasan Mukim Pedu, Padang Nyior, Bukit Indin, Bendang Raja, KEDA Semeliang dan Kampung Tanjung.

“Operasi ini terbahagi kepada tiga fasa serbuan iaitu yang pertama di Mukim Pedu dan Padang Nyior yang berjaya menahan empat individu.

“Serbuan seterusnya di sebuah rumah di Bendang Raja dengan satu tangkapan, manakala di lokasi akhir iaitu di Bukit Indin, KEDA Semeliang dan Kampung Tanjung, kita berjaya menahan empat individu,” katanya.

Zainol Abidin berkata, pihaknya terpaksa meredah hujan lebat dalam melaksanakan serbuan dan menangkap semua individu berkenaan.

“Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat AADK Daerah Padang Terap untuk tindakan lanjut.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati individu yang ditahan positif dadah jenis opiat dan methamphetamine,” katanya.

Menurutnya, semua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983. – myMetro online

*Video sekadar hiasan…

Tags: AADKPenagih Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus

Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,800 individu dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah di sekitar ibu negara bagi tempoh tiga bulan pertama tahun...

Warga Emas Disyaki Tembak Penagih Dadah Cuba Curi Kelapa Sawit Ditahan

Warga Emas Disyaki Tembak Penagih Dadah Cuba Curi Kelapa Sawit Ditahan

06/10/2024
0

Selama : Warga emas ditahan polis bagi membantu siasatan selepas dipercayai melepaskan tembakan ke atas seorang penagih dadah yang mencuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd