• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto BN Perlis Bina Rumah Mampu Milik

oleh Ahmad Albab
30/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Tawaran Barisan Nasional (BN) Perlis untuk membina lebih banyak rumah mampu milik, jika BN kekal mentadbir negeri itu, dilihat mampu menyelesaikan isu perumahan terutama dalam kalangan golongan muda yang masih belum memiliki kediaman sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Behor Lalang, Zainab Sabu berkata sebagai pemimpin masyarakat yang paling hampir dengan akar umbi, beliau sering menerima aduan dan rungutan rakyat yang ingin memiliki rumah sendiri namun tidak mampu untuk membelinya.

“Ramai yang tak mampu miliki rumah kerana harga yang mahal, hendak bina sendiri pula tidak ada tanah jadi mereka terpaksa menyewa sahaja.

“Setelah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengumumkan pembinaan 1,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dalam Manifesto BN Perlis baru-baru ini, ia memberi sinar baharu kepada rakyat,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, tawaran BN untuk melaksanakan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di setiap Parlimen juga sangat baik kerana rakyat tidak perlu lagi keluar jauh dari tempat asal mereka semata-mata untuk memiliki rumah idaman masing-masing.

Seorang pereka grafik, Hanis Kamis, 36, berkata isu perumahan di Perlis sangat kritikal memandangkannya penawarannya yang terhad di samping nilainya yang sangat tinggi berbanding di negeri lain di utara tanah air.

“Ada yang terpaksa membeli rumah di luar Perlis seperti Kedah, jadi dengan penambahan projek perumahan di bawah program kerajaan di Perlis, saya yakin ia akan memberi peluang lebih besar kepada rakyat untuk mempunyai rumah sendiri,” katanya.

Sementara itu, pembeli rumah PR1MA di Padang Siding, Arau dekat sini, Lee Pow Sin, 30, berkata peluang memiliki rumah menerusi program kerajaan itu sangat menguntungkan beliau dan keluarganya.

“Saya memuji inisiatif kerajaan membina rumah PR1MA kerana pembeli bayar lebih murah berbanding beli daripada pemaju biasa,” katanya.

Kakitangan swasta itu berkata, dengan adanya projek PR1MA, beliau mampu memiliki rumah pertama yang selesa dengan nilai hanya RM195,000 bagi rumah teres satu tingkat. – BERNAMA

Tags: Manifesto BNPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd