• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Tanding Bebas Bukti Mohd Puad Bijaksana

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Keputusan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi untuk tidak bertanding atas tiket Bebas setelah mendapat nasihat daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, adalah tindakan yang waras dan bijaksana, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Naib Presiden UMNO itu berkata tindakan Mohd Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat menunjukkan pemimpin negeri ini sentiasa meletakkan konsep ‘Muafakat Johor’ sebagai keutamaan sekali gus mengutamakan nilai perjuangan parti daripada nafsu peribadi.

“Alhamdulillah, saya kenal Puad (Mohd Puad) dari dulu lagi. Tuanku (Sultan Ibrahim), saya rasa memberi titah dan nasihat yang melihat pertimbangan negeri kita sendiri.

“Tuanku tidak mahu melihat pemimpin kita, kerana marah, emosi, atau kedudukan semasa, membuat keputusan yang akhirnya menjejaskan kredibiliti pemimpin berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah gelanggang futsal di Kampung India, Paloh di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-Tugas Khas berkata pada mulanya beliau bimbang jika Mohd Puad yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) membuat keputusan yang bercanggah dengan parti.

“Saya bimbang di peringkat awal, takut Puad buat keputusan bercanggah dengan cara kita di Johor. Tetapi, akhirnya dia buat satu keputusan yang saya cukup alu-alukan,” katanya.

Semalam, Mohd Puad menerusi catatan Facebook berkata sebagai Bangsa Johor, beliau akhirnya mengambil keputusan tidak bertanding atas tiket Bebas setelah mendapat nasihat Sultan Johor.

Sebagai rakyat Johor yang setia kepada rajanya, beliau patuh kepada titah Sultan Ibrahim kerana beliau yakin sultan memberikan nasihat itu atas kepentingan Bangsa Johor.

Mohd Puad sebelum ini berkata mahu bertanding sebagai calon Bebas kerana kecewa namanya tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebaliknya digantikan dengan Haliza Abdullah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat.

Namun, sehingga tempoh penamaan calon tamat semalam, Mohd Puad tidak kelihatan di pusat penamaan calon di Batu Pahat.

Dalam catatan Facebook itu, Mohd Puad yang melepaskan jawatan Ketua Pengarah Jasa pada 25 April lepas, menyatakan bahawa beliau menghadiri majlis bertandang anak perempuannya di rumah pengantin lelaki di Bandar Baru Uda, Johor Bahru semalam. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun HusseinPuad Zarkashi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kes Saman Muhyiddin Terhadap Puad Zarkashi Selesai Secara Baik

Kes Saman Muhyiddin Terhadap Puad Zarkashi Selesai Secara Baik

29/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Kes saman difailkan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung kenyataan yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd