• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siap Siaga, Jamin PRU Paling Selamat

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyusun strategi penugasan lebih berkesan dan menyeluruh dalam menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang disifatkan sebagai ibu segala pilihan raya, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata jentera polis telah siap siaga dari segi fizikal, emosi dan rohani yang tertinggi bagi menghadapi apa jua cabaran sepanjang proses PRU14.

“Setiap petugas PDRM telah diingatkan agar sentiasa berhemah dan profesional dalam menjalankan tugas, demi mengelakkan sebarang implikasi yang mampu mencalar kredibiliti pasukan dan imej kerajaan.

“Kami juga berpegang teguh kepada amanat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu PRU14 menjadi pilihan raya paling selamat dalam sejarah demokrasi negara,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Program NBOS: 1AMANWEEK 2018 Banteras Jenayah dan Perangi Dadah di Dataran Bagan Datuk di sini, hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, menyempurnakan perasmian program tersebut.

Mohamad Fuzi berkata pengundi tidak perlu merasa khuatir untuk keluar mengundi kerana PDRM akan memastikan keselamatan dan keselesaan sepanjang mereka menjalankan tanggungjawab menentukan masa depan negara.

“Jangan mudah terpedaya dengan khabar angin atau berita palsu yang boleh mendatangkan kesangsian atau kegusaran dalam kalangan pengundi sebaliknya sentiasa patuh serta akur pada peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

“Amalkan sikap hormat-menghormati dan janganlah melakukan sebarang provokasi yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam, agar proses pilihan raya dapat berjalan dalam keadaan aman dan tenteram,” katanya.

Beliau berkata PDRM menghargai segala kerjasama yang diberikan masyarakat kepada polis selama ini.

“Polis adalah masyarakat dan masyarakat adalah polis, hubungan simbiosis atau kebergantungan antara polis dan masyarakat merupakan elemen terpenting dalam usaha kita memerangi jenayah,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata PDRM sentiasa mengalu-alukan penglibatan serta komunikasi berterusan antara masyarakat dengan pihak polis terutama dalam aspek perkongsian maklumat berkaitan jenayah.

Bagan Datuk merupakan destinasi pertama penganjuran Program NBOS: 1AMANWEEK di Perak.

Program yang mula diadakan pada 2015 itu telah menjelajah beberapa negeri termasuk Sarawak, Kelantan dan Negeri Sembilan serta Putrajaya dan Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: polisPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd