• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukar Angkut Mayat, Jari Marwan Dipotong Untuk Sah DNA

oleh Ahmad Albab
31/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
Marwan tersenarai sebagai pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara.
Marwan tersenarai sebagai pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara.

MANILA – Semasa Marwan terbunuh dalam pertempuran bersenjata dengan komando polis awal pagi Ahad, Pasukan Tindakan Khas (SAF) iaitu pasukan polis elit Filipina, memotong jari kanannya untuk memastikan mereka mendapat DNA pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara itu.

Insiden berbalas tembakan dengan Marwan yang juga pemilik nama sebenar Zulkifli Hir itu berlaku di perkampungan Pidsandawan di bandar Mamasapano, wilayah Maguindanao.

Superintendan Raymond Train mahu anak buahnya membawa bersama mayat Marwan ketika kumpulan tersebut berundur selepas membunuh pengganas tersebut dalam insiden berbalas tembakan dengan anggota pengganas yang lain.

Namun, pertempuran itu menyukarkan usaha tersebut dan komando polis bertindak memotong jari dari tangan kanan pengganas itu.
Dua versi laporan pengekstrakan DNA pada mulanya diterima, yang pertama mengatakan komando telah memenggal kepala Marwan dan kedua, memotong jarinya.

Namun Pengarah Polis, Getulio Napenas dan seorang pegawai dari Suruhanjaya Presiden Anti-Jenayah Terancang (PAOCCP mengesahkan komando telah memotong jari di tangan Marwan.

“Jari, satu jari di tangan kanannya,” kata pegawai PAOCC.

Train membawa jari tersebut ke Kem Awang di Maguindanao untuk ujian DNA, menurut laporan tersebut.

Sebelum beredar, seorang komando sempat mengambil gambar mayat Marwan, kata sumber.

Mayatnya ditinggalkan di dalam sebuah pondok.

Presiden Benigno Aquino III, dalam ucapan yang disiarkan menerusi stesen televisyen di negara itu pada Rabu melaporkan kematian pakar pembuat bom dari kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah itu.

Terdahulu, Murad Ebrahim, pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), mengesahkan dalam temu bualnya dengan stesen radio di Cotabato City bahawa Marwan terbunuh dalam operasi polis di Mamasapano. – mStar Online

Tags: Filipinapengganas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd