• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ditahan Terbangkan Dron Di Pusat Penamaan Calon

oleh Ahmad Albab
30/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Polis menahan dua lelaki kerana dikesan menerbangkan sebuah dron berhampiran kawasan pusat penamaan calon bagi Parlimen Bukit Gantang di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) hari ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Taib berkata dron berkenaan dikesan diterbangkan kira-kira 9.40 pagi di kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) berkumpul, kira-kira 70 meter dari luar pusat penamaan calon itu.

Dua lelaki berumur 19 dan 21 tahun itu ditahan bersama-sama peralatan berupa sebuah dron dan satu alat kawalan jauh.

“Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Taiping sebelum diberi jaminan polis dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 477 Kanun Keseksaan,” katanya.

Semalam, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata penggunaan dron dan paraglider ketika proses penamaan calon dilarang sama sekali di semua pusat penamaan calon di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: dronPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Malaysia Sasar Bangunkan Dron Tempur Sendiri, Iran Sedia Beri Kerjasama

Malaysia Sasar Bangunkan Dron Tempur Sendiri, Iran Sedia Beri Kerjasama

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan satu cadangan pembangunan National Combat Unmanned Aircraft System (UAS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd