• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Calon PKR Gagal Tanding Di 2 Kerusi DUN Kelantan

oleh
29/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALANG… PKR hari ini mungkin boleh cipta sejarah apabila beberapa calon ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atas pelbagai sebab.

Selepas aib di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan dan Parlimen Batu di Kuala Lumpur, dua calon PKR di dua kerusi DUN Kelantan juga kempunan apabila kertas pencalonan tidak diterima pihak SPR.

Mereka ialah Dr. Hafidz Rizal Amran dan Mohd. Azihan Che Seman yang juga Ketua Penerangan PKR Kelantan masing-masing sepatutnya bertanding untuk kerusi DUN Kuala Balah di Jeli dan Tawang di Bachok.

Media tempatan melaporkan pencalonan Hafidz Rizal adalah tidak berjaya apabila calon tersebut dikesan sebagai masih lagi berstatus muflis berdasarkan semakan oleh pihak SPR dengan Jabatan Insolvensi Malaysia.

Ia diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Jeli, Zulkifli Abdul Rahman selepas mengisytiharkan penamaan semua calon bertanding di kerusi terlibat di Pejabat Tanah Jajahan (PTJ) Jeli pada pukul 11.20 pagi.

Calon PKR Parlimen Jeli, Azran Deraman ketika ditemui media enggan ulas lanjut mengenai isu itu malah usaha wartawan mendapatkan Hafidz juga tidak berjaya apabila beliau meninggalkan lebih awal iaitu pada 10.10 pagi.

Berikutan penolakan wakil PKR tersebut, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Aziz Derashid, hanya akan menentang calon PAS, Mohd. Apandi Mohamad dalam pertandingan cukup sengit iaitu satu lawan satu.

“Saya difahamkan bahawa calon PKR terbabit tidak berjaya melepasi syarat tapisan ketat insolvensi, walaupun begitu, ia bukan tugas yang mudah untuk parti cuba mengekalkan kemenangan di kerusi terbabit.

“Saya sudah lama berkhidmat di DUN Kuala Balah, dan rakyat tahu apa yang pihak kerajaan sedia untuk mereka, Insya-Allah, kita akan kekalkan kemenangan,” kata Abdul Aziz yang pernah menjadi wakil rakyat kerusi itu.

Dalam pada itu pihak SPR yang turut menolak pencalonan Mohd. Azihan bagi kerusi DUN Tawang, bagaimanapun tidak menjelaskan punca sebenar kegagalan wakil PKR berkenaan untuk layak bertanding pada PRU ke-14.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bachok, Nik Mohamed Noor Nik Ishak mengumumkan perkara tersebut selepas mengesahkan penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok kira-kira pukul 1.10 petang ini.

Bagaimanapun sehingga kini media melaporkan tidak ada maklumat yang jelas mengenai penolakan tersebut namun difahamkan ia berkaitan dengan status tempat tinggal serta alamat Mohd. Azihan bukan di Kelantan.

Justeru, kerusi DUN Tawang hanya menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon PAS yang juga penyandang, Datuk Hassan Mohamood dan calon muka baharu BN, Datuk Mohd Radzuan Abdullah.

Manakala kerusi Parlimen Bachok menyaksikan pertembungan hebat antara calon BN, Datuk Dr. Awang Adek Hussin menentang anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Zulkifli Jalil (PKR).

Pertembungan tiga penjuru turut berlaku bagi kerusi DUN Pantai Irama (N.21) antara Datuk Dr. Ilias Husain (BN), Mohd Huzaimy Che Hussin (Pas) yang merupakan penyandang serta Ismail Ghani (PKR).

Sementara bagi kerusi DUN Jelawat (N.22) pula antara Mohd. Radzuan Hamat (BN) melawan Ab. Aziz Kadir (PAS) dan Mohd. Fahmi Zakaria (PKR). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Tahu Bagaimana Untuk Bangkit Selepas Kalah – Fuziah

PKR Tahu Bagaimana Untuk Bangkit Selepas Kalah – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh menegaskan PKR tahu bagaimana untuk bangkit selepas...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd