• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mustapa Mahu Majoriti Besar Di Parlimen Jeli

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Penyandang kerusi Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed menyasarkan untuk mengekalkan kemenangannya di kerusi itu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas dengan majoriti lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Beliau juga yakin dua lagi kerusi DUN dalam Parlimen Jeli yang dipertahankan BN-UMNO menerusi Datuk Mohd Adhan Kechik (Bukit Bunga) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (Kuala Balah) akan menang dengan majoriti lebih besar.

“Gerak kerja telah dilakukan oleh pihak kami sejak lima tahun lepas bagi memastikan sasaran itu dicapai dan rakyat perlu memilih BN kerana parti itu terbukti konsisten dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mengemukakan borang pencalonan di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi BN Kelantan berdepan saingan tiga penjuru di Parlimen Jeli apabila dicabar calon PAS Mohamad Hamid dan Azran Deraman (PKR-PPBM) manakala DUN Air Lanas beliau dicabar calon PAS Datuk Abdullah Ya’kub dan Dr Aminuddin Yaacob (PKR-PPBM).

Pada PRU13, Mustapa menang Parlimen Jeli dengan majoriti 5,269 undi dan di DUN Air Lanas, beliau menang dengan majoriti 47 undi.

Abdul Aziz pula berkata beliau percaya rakyat akan memberi sokongan kepada BN yang terbukti sentiasa memberi perkhidmatan terbaik.

“Apa yang kita inginkan adalah proses pengundian dapat dijalankan secara aman dan baik,” katanya yang memenangi DUN itu dengan majoriti 2,076 undi pada PRU13.

Abdul Aziz akan dicabar calon PAS Mohd Apandi Mohamad selepas borang pencalonan calon PKR Mohd Hafidz Rizal Amran ditolak.

Mohd Adhan pula menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan calon PAS Ramzi Mohd Yusoff dan Asran Alias (PKR-PPBM).

Pada PRU13, Mohd Adhan menang dengan majoriti 1,533 undi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa MohamedPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd