• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertama Kali Pegang Watak Utama, Nadia Belajar Silat

oleh
29/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEMI memberikan lakonan yang terbaik, Nadia Brian kini sedang gigih dalam proses mempelajari seni silat bagi beberapa aksi pertarungan dalam filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda.

Menurut Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, ketika sesi pelajaran, dia langsung tidak menggunakan alat bantuan sebagai senjata.

“Saya perlu belajar silat sebab boleh dikatakan kebanyakkan babak yang melibatkan watak Siti itu memerlukan saya bersilat dan berlawan.

“Tapi saya tidak perlu guna senjata untuk berlawan sebab dalam filem itu saya dah ada kuasa,” katanya dipetik daripada portal mStar Online.

Tambah pelakon berusia 27 tahun itu, dia sudah mempelajari seni mempertahankan diri itu sejak dua minggu lalu.

Syukur ketika proses pempelajaran, dia sekadar mengalami sakit-sakit badan sahaja dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semalam, baru sahaja berlangsung satu majlis doa selamat dan sidang media bagi filem tersebut yang bertempat di Wisma Rampai, Taman Sri Rampai di ibu negara.

Sebagai pendatang baharu, Nadia berasa beruntung kerana dapat memegang watak utama buat pertama kalinya sejak melibarkan diri sebagai anak seni.

“Saya pernah berlakon filem tapi hanya watak sampingan sahaja. Jadi bila dapat tawaran filem ini saya rasa teruja.

“Sebab ini kali pertama dapat watak utama dalam filem. Tambahan pula, watak Siti ini sangat berat dan lain daripada watak yang pernah saya bawa,” ujarnya lagi.

Filem pertama keluaran A. Aida Production itu bakal menemui penonton pada awal tahun hadapan dan akan memulakan penggambaran pada 1 Mei ini yang mengambil masa selama 35 hari di sekitar Kota Tinggi, Johor.

Selain Nadia, pelakon lain yang akan menghiasi filem hebat itu ialah Mas Khan, Amar Ashraf, Fizz Fairuz, Firman, Eyra Hazali, Raja Azmi dan Fauziah Nawi.

Difahamkan, pemilihan para pelakon seramai 36 oang itu dilakukan sendiri oleh Aida bagi mendapatkan lakonan yang bermutu.

Malah, sebanyak RM3 juta belanja dikatakan bakal dikeluarkan untuk filem tersebut kerana memerlukan teknik janaan komputer (CGI).

Filem Ratu Kala Jengking:Puteri Keranda mengisahkan tentang seorang wanita yang berhadapan dengan sumpahan apabila setiap lelaki yang mengahwininya akan meninggal dunia. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Nadia BrianNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd