• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Bukan Nak Populariti” – Syamsul Debat

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – “Saya bukan nak populariti, tetapi saya mahu berkhidmat kepada masyarakat. Saya minta peluang diberikan untuk membuktikan saya dapat memberikan perkhidmatan terbaik.”

Demikian kata calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Syamsul Amri Ismail yang juga penceramah bebas dikenali sebagai Syamsul Debat.

Pendakwah berusia 41 tahun itu menyifatkan keputusannya bertanding buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 ini kerana keinginannya membangunkan Sikamat dan membantu penduduk di kawasan berkenaan.

DUN Sikamat menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Syamsul, Aminuddin Harun (PKR), Rahim Yusof (PAS) dan Bujang Abu (Bebas).

Bagaimanapun, Syamsul berkata, beliau akan bertanding secara berhemah dan setiap calon yang bertanding itu mempunyai kelebihan serta matlamat masing-masing.

“Siapa pun bertanding mereka ada sebab sendiri tetapi saya akan buat terbaik dan pujuk pengundi untuk menginsafi supaya mereka membuat pilihan lebih baik kerana kesannya adalah untuk tempoh lima tahun mendatang. kita mahu penduduk tidak tersilap membuat pilihan.

“Popular itu perkara lain, apa yang penting meyakinkan pengundi yang saya memang nak berkhidmat kepada mereka. Ramai tidak tahu saya orang Sikamat sedangkan sudah 10 tahun saya menetap di sini,” katanya ketika ditemui selepas menghantar borang pencalonan di Dewan Serbaguna Wisma Negeri, Seremban, hari ini.

Beliau berkata, selepas ini beliau akan berkempen dan bertemu penduduk bagi mendengar setiap permintaan serta apa yang diinginkan mereka selepas PRU-14 ini.

“Alhamdulillah, setakat ini maklum balas diterima amat baik dan mereka menyenangi saya,” katanya. – BH ONLINE

Tags: PRU14Syamsul Debat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd