• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Minta Nik Omar Tampil Memberi Penjelasan

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS akan menghantar surat tunjuk sebab kepada Nik Omar Nik Aziz yang tampil bertanding sebagai calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Nik Omar perlu memberi penjelasan berhubung tindakannya sama ada beliau sudah menyertai parti lain.

Katanya, setakat ini Nik Omar tidak membuat sebarang permohonan untuk keluar parti dan beliau masih ahli PAS.

“Mengikut perlembagaan sekiranya mana-mana ahli menyertai parti lain, individu berkenaan secara automatik gugur sebagai ahli PAS.

“Namun sekiranya dia tidak menyertai PKR atau Parti Amanah Negara (PAN) namun bertanding atas tiket parti itu, kita memberi tempoh selama 30 hari untuk beliau memberi penjelasan,” katanya ketika ditemui di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan parti terhadap Nik Omar bergantung kepada penjelasan yang dibuat oleh anak bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Terdahulu, Nik Omar muncul di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Pengkalan Chepa bagi menyerahkan borang sebagai calon di DUN Chempaka. – BH ONLINE

Tags: Nik Omar Nik Abdul AzizPAS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd