• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Tohmah Saya Antianak Kelantan – Sharkar

oleh AK-47
27/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin menyifatkan pihak yang mentohmahnya antianak Kelantan sebagai kekeringan modal kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Temerloh dan DUN Lanchang itu berkata tomahan kononnya beliau tidak memberikan bantuan kepada anak Kelantan di daerah itu yang ditularkan di media sosial sejak semalam adalah tidak berasas sama sekali.

“Menantu saya orang Kelantan, pemandu saya orang Kelantan malah pegawai khas saya berasal dari Kelantan… setiap hari saya dikelilingi orang Kelantan macam mana mereka cakap saya anti orang Kelantan.

“Pembangkang boleh menyemak berapa ramai anak Kelantan yang berhijrah ke daerah ini dan diberikan hak sama rata termasuk memiliki tanah kurniaan kerajaan negeri.

“Tidak kira mereka daripada Kelantan atau negeri lain, asalkan mereka menetap di negeri ini lebih 10 tahun mereka layak mendapat layanan yang sama,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Tohmahan itu yang disebarkan menerusi satu akaun Facebook menggesa pengundi anak Kelantan supaya tidak mengundi Mohd Sharkar kerana didakwa antianak Kelantan.

Mohd Sharkar berkata beliau sudah mengarahkan jentera parti untuk menjawab tohmahan tersebut supaya pengundi tidak terpengaruh dengan dakwaan itu.

“Jika perkara seperti ini berlaku lagi, kita tidak teragak untuk membuat laporan polis kerana sekarang kita sudah ada Akta Antiberita Tidak Benar,” katanya.

Pada PRU14 ini selain mempertahankan kawasan DUN Lanchang, Mohd Sharkar buat pertama kalinya juga akan bertanding di kawasan Parlimen Temerloh dan dijangka membabitkan persaingan enam penjuru.

Selain calon BN, PAS dan Amanah, tiga individu telah mengumumkan untuk bertanding di kawasan Parlimen Temerloh sebagai calon Bebas.

Mereka ialah seorang bekas pensyarah bebas Isma Nazom Abdul Hamid, bekas Ketua Pengarang Stesen Televisyen TV3, Mohd Khaidir Ahmad, dan bekas Pegawai Daerah Temerloh Datuk Abu Jamal Nordin. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Pahang Kekal Utuh Berkhidmat Kepada Rakyat

18/12/2018
0

KUANTAN – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin menegaskan Barisan Nasional (BN) Pahang masih kukuh dan mampu...

Tahun Melawat Pahang 2017 Tidak Gagal

26/07/2018
0

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang hari ini menegaskan Tahun Melawat Pahang (TMP) 2017 bukan satu program yang gagal, walaupun tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd