• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahun Melawat Pahang 2017 Tidak Gagal

oleh Ahmad Albab
26/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang hari ini menegaskan Tahun Melawat Pahang (TMP) 2017 bukan satu program yang gagal, walaupun tidak mencapai sasaran pelancong yang diingini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata TMP 2017 telah berjaya meningkatkan kehadiran pelancong dalam jumlah yang ketara berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, kehadiran pelancong pada TMP2017 adalah seramai 14.8 juta, berbanding sasaran 15 juta namun jumlah pelancong pada tahun 2016 hanya seramai 12.8 juta.

“Jadi saya ingin bertanya semasa di sekolah, markah penuh adalah 100 peratus. Jika pelajar mendapat markah 98 peratus, adakah pelajar itu dianggap gagal?

“Kehadiran pelancong ini mengambil kira pelancong yang bermalam di hotel, motel atau inap desa dan kehadiran mereka membawa limpahan ekonomi kepada penduduk setempat,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Mohd Sharkar berkata demikian bagi menjawab soalan Sim Chon Siang (PKR-Teruntum) yang bertanyakan jika pelaksanaan TMP2017 boleh disifatkan sebagai satu kegagalan.

Pada persidangan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak turut mencelah untuk menyatakan sokongan bahawa kerajaan negeri telah melakukan tugas yang baik dalam sektor pelancongan.

Katanya, ini dapat dilihat daripada kejayaan pengusaha Lemang To’ki di Bentong yang kini menjadi destinasi pelancongan, selepas bermula sebagai penjual lemang di tepi jalan di Chamang.

“Kalau kita berkunjung ke Bentong pada hujung minggu, kita boleh lihat Lemang To’ki penuh dikunjungi peminat. Begitu juga dengan gulai tempoyak yang dahulu hanya masakan di Pahang Barat, namun kini menjadi juadah popular.

“Sehingga di ibu kota restoran menjual masakan tradisional Pahang semakin berkembang… begitu juga dengan sambal hitam yang menjadi tarikan selepas promosi demi promosi dilakukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd Sharkar ShamsuddinPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Lebih tiga jam juga saya menunggu dan dapat berjumpa Tuanku kira-kira pukul 10 pagi. Syukur kenderaan baginda...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd