• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaksanaan GST Tidak Bebankan Rakyat – Mohd Irwan

oleh Ahmad Albab
27/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak membebankan rakyat kerana ia tidak dikenakan ke atas barangan keperluan asas, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Beliau berkata sebaliknya pelaksanaan GST memberi banyak kesan positif secara menyeluruh kepada rakyat yang dipulangkan kerajaan dalam pelbagai bentuk pembangunan kemudahan atau infrastruktur dan insentif.

“Sebenarnya GST ini tidak membebankan rakyat kerana kerajaan memberi pelepasan pada barangan asas seperti beras, gula dan minyak yang merupakan keperluan penting yang digunakan dalam kehidupan seharian.

GST hanya dikenakan ke atas barangan yang telah diberi nilai tambah kerana ia merupakan satu cukai penggunaan khususnya bagi barang mewah..banyak barang mewah yang digunakan atau dibeli, maka GST perlu dibayar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MOF (Kementerian Kewangan) Bersama Rakyat peringkat negeri Melaka di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah di Masjid Tanah di sini, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Calon Barisan Nasional Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO serta Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Sementara itu, Mohd Irwan berkata Program MOF Bersama Rakyat merupakan program jelajah yang dilaksanakan di seluruh negara bagi memberi penerangan dan kefahaman kepada rakyat tentang perkhidmatan serta aktiviti yang dilakukan kerajaan agar rakyat tidak terpedaya atau dikaburi berita palsu.

“Akhir-akhir ini banyak berita palsu atau tidak berasas tentang kerajaan dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha menggugat keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan ia perlu ditangani dengan sebaik mungkin melalui penerangan yang jelas mengenai isu yang dibangkitkan seperti dakwaan negara akan bankrap,” katanya.

Beliau berkata kedudukan kewangan dan ekonomi negara berada pada tahap yang baik dan dijangka pertumbuhan ekonomi akan berkembang antara 5.5 hingga enam peratus pada tahun ini dan ia menunjukkan kerajaan sedia ada mampu berkhidmat dengan baik kepada rakyat.

Katanya pertumbuhan ekonomi yang mampan ini juga akan dipulangkan kepada rakyat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pembinaan hospital, sekolah dan jalan baharu. – BERNAMA

Tags: GST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd