• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Wajar Suhakam Pantau Proses Pilihan Raya – SPR

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tidak wajar memantau pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memandangkan anggota bagi kedua-dua suruhanjaya itu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan mempunyai bidang kuasa khusus yang telah dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan akta.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata Suhakam diberi pengiktirafan dan mempunyai bidang kuasa berkaitan hak asasi, maka pengiktirafan yang sama juga perlu diberikan oleh Suhakam kepada SPR.

“Memandangkan hak untuk mengundi adalah hak yang diberikan di bawah statut, maka semua peraturan perlulah dipatuhi oleh semua pengundi dan tidak timbul bahawa hak asasi sewajarnya mengatasi hak statut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Suhakam semalam bahawa suruhanjaya itu gagal dalam usaha untuk menjadi pemantau pilihan raya yang mendapat tauliah SPR menyebabkan anggotanya tidak dibenarkan masuk ke pusat mengundi.

Mohd Hashim berkata SPR berpandangan, penglibatan Suhakam sebagai pemantau pilihan raya adalah tidak perlu kerana SPR telah menjemput pemerhati luar negara dan melantik beberapa pihak bebas yang berkecuali serta tidak berkepentingan untuk memerhati dan memantau proses PRU14.

Selain itu, Mohd Hashim berkata peruntukan undang-undang juga menetapkan hak kepada semua calon dan parti yang bertanding untuk melantik ejen-ejen mereka sebagai pemantau dalam setiap proses PRU14.

Menurutnya pada PRU14, dianggarkan jumlah ejen calon dan parti yang akan terlibat adalah melebihi 200,000 orang.

“Sebagai sebuah badan pengurusan pilihan raya yang berintegriti, bebas dan adil yang diamanah oleh Yang di-Pertuan Agong, SPR akan memastikan setiap proses PRU14 yang akan dikendalikan sendiri oleh lebih 250,000 orang awam (petugas pilihan raya) akan berjalan dengan telus dan adil tanpa tekanan serta campurtangan mana-mana pihak,” katanya.

Mohd Hashim berkata SPR sentiasa berpegang kepada kepentingan hak asasi semua warganegara selaras dengan peruntukan undang-undang dan tidak pernah menyekat mana-mana warganegara untuk menggunakan hak mereka bagi menyertai proses demokrasi negara. – BERNAMA

Tags: SPRSuhakam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd