• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Politik Tsunami Fitnah Jadi Sandaran Pembangkang

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan taktik ‘tsunami fitnah’ yang menjadi sandaran pembangkang pada kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Perdana Menteri berkata pembangkang tidak mempunyai agenda yang besar untuk rakyat, kecuali untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Najib turut menunjukkan gambar beliau antaranya bersama Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Tan Sri Azman Mokhtar ketika melihat model replika projek Taman Tugu yang diubah.

Katanya, gambar tersebut diubah dengan beliau kononnya melihat dan mengira wang yang berada di atas meja.

“Janganlah percaya dengan berita-berita atau gambar seperti ini dalam media sosial sebab mereka (pembangkang) akan lakukan sebanyak mungkin fitnah,” katanya.

Pengerusi BN itu berkata pilihan raya sepatutnya menjadi pertandingan mengenai agenda untuk rakyat dan negara.

“Maknanya kita kena pilih mana satu agenda yang terbaik untuk negara dan rakyat, kenapa kita perlu beralih kepada semua ini (fitnah)?

“Sebab apabila menggunakan ini (fitnah), maknanya anda sudah mempertimbangkan hakikat bahawa agenda anda untuk negara ini kurang baik, tak boleh mengatasi agenda BN untuk rakyat dan negara. Anda sangat terdesak untuk terlibat dalam politik murahan,” katanya.

Najib menegaskan pilihan raya ini perlu menjadi pertarungan yang adil berdasarkan amalan demokrasi untuk memilih kerajaan berwibawa yang melaksanakan dasar dan idea mereka.

Ditanya apa yang boleh dilakukan terhadap mereka yang membuat fitnah tersebut, Najib berkata “kita boleh ambil tindakan tetapi mereka akan tuduh kita gunakan kekuasaan keterlaluan.”

Justeru, beliau berkata rakyat perlu memeriksa fakta sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Katanya rakyat juga perlu membuat pilihan dengan tepat dengan mengambil kira hasil terhadap pilihan yang dibuat pada pilihan raya umum lepas.

“Kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor setelah memerintah selama 10 tahun telah gagal memenuhi janji dan harapan yang mereka laungkan kepada rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakfitnahTaman Tugu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur membuat laporan polis terhadap pihak yang menuduh beliau melarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd