SEJARAH silam merupakan satu perkara yang perlu dijadikan pengajaran oleh seseorang supaya ia tidak diulangi sekali lagi pada masa hadapan.

Baca: Awi, Atikah Bertunang, Bakal Nikah Tahun Depan
Justeru aktres Atikah Suhaime dikatakan memohon kepada pihak media supaya tiada sesiapa mengungkit tentang kontroversi yang pernah melanda dirinya dan bertanyakan tentang isu itu kepada bakal suaminya, Awi Rafael.
“Saya harap dan mohon media tidak bertanya Awi tentang perkara lalu saya. Bukan apa, saya cuma rasa seperti tidak menghormatinya sebagai tunangan saya,” katanya dipetik daripada portal mStar Online.
Bagi gadis kelahiran Kota Singa itu, jika ada yang bertanyakan tentang isu itu kepada Awi, mereka bagaikan tidak menghormati tunangnya itu yang kini sudah menerima buruk baik dirinya.

“Dia terima saya seadanya dan sejujurnya kami tidak pernah bercakap tentang itu sepanjang berkawan,” tambahnya.
Hasil perkenalan semalama lima bulan, pasangan dari Singapura itu bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun hadapan selepas menjalinkan pertunangan pada 17 Mac lalu.
Seperti pasangan yang lain, pelakon berusia 27 tahun itu berasa senang hati selepas hubungan cintanya dan Awi telah melangkah satu langkah ke hadapan dengan mengikat tali pertunangaan.

Dalam masa yang sama, penyanyi lagu Bila Aku Jatuh Cinta itu juga sering menjadi sumber kekuatan buatnya sekiranya dia berasa untuk berputus asa.
“Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang sejak bertunang, dia banyak beri semangat terutama ketika saya rasa putus asa.
“Masa saya hilang arah tujuan dan tidak tahu mana nak pergi. Sekarang saya sudah nampak kembali jalan hidup dan arah kerjaya saya,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, mengenai kontoversi foto bogelnya bersama dengan salah seorang pelakon lelaki itu tidak membuatkan dia terus lari daripada dunia seni.
Kini, dia semakin aktif dan bakal memasuki set penggambaran filem produksi dari Indonesia berjudul Antologi Rasa.
Selain itu, dia juga membintangi drama Pengantin Musim Salju dengan pelakon lain iaitu Siti Nordiana, Alif Satar, Ardell Aryana, Norlia Ghani, Farouk Hussain, Datin Nina Juren, Adam Lee dan ramai lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

