• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pemimpin 2 Korea Julung Kali Bertemu Di Sempadan

oleh
27/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERSEJARAH… Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menjadi pemimpin pertama Pyongyang yang jejak kaki di Korea Selatan dan julung kali melintasi Zon Bebas Tentera (DMZ) sejak 65 tahun.

Kedua-dua negara berjiran di Semenanjung Korea itu terpisah secara politik selepas berakhirnya Perang Korea pada 1953 menerusi proses gencatan senjata dan dari segi teknikal, masih lagi dianggap sebagai berperang.

Uniknya, Jong-un dilihat begitu mesra dapat berjabat tangan dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in sambil tersenyum ceria di sempadan bersama dua buah negara itu tepat 9.29 pagi Jumaat (8.29 pagi waktu Malaysia).

Jong-un berkata, beliau mengharapkan rundingan yang ‘tulus’ dalam pertemuannya dengan Jae-in. Pertemuan itu akan membincangkan isu senjata nuklear dan perjanjian keamanan antara kedua-dua negara

Pertemuan pemimpin Korea Utara dan Selatan di DMZ yang memisahkan dua negara untuk hadir dalam satu sidang puncak bersejarah, dianggap perjumpaa peringkat tertinggi pertama dalam usaha diplomatik nuklear mereka.

Pertemuan di bahagian selatan kampung keamanan Panmunjom – adalah ketiga seumpamanya sejak akhir Perang Korea – bertujuan untuk merintis jalan pertemuan Jong Un dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Jae-in menyambut ketibaan Jong-un di blok konkrit yang menandakan sempadan politik di antara kedua-dua Korea di Zon Bebas Tentera untuk memulakan upacara yang cukup bersejarah dan penuh simbolik itu.

Sebaik melangkah garisan itu, Jong-un secara rasmi dianggap menjadi pemimpin tertinggi Korea Utara yang pertama berjaya dapat menjejakkan kaki di Korea Selatan sejak Perang Korea berakhir hampir tujuh dekad lalu.

“Saya sangat gembira dapat bertemu dengan anda,” kata Jae-in kepada Jong-un. Pemimpin Korea Selatan itu juga sempat menjejakkan kakinya ke tanah Korea Utara sebelum berjalan kembali ke Zon Bebas Tentera.

Menurut media tempatan, Jong-un akan “bincangkan secara terbuka tentang isu timbul dalam meningkatkan hubungan Pyongyang-Seoul bagi capai keamanan, kemakmuran dan penyatuan semula Semenanjung Korea”.

Helikopter-helikopter kelihatan di udara ketika Jae-in meninggalkan pejabatnya di Rumah Biru, Seoul diiringi konvoi kenderaan sambil diraikan penduduk yang menunggu di sepanjang jalan mengibarkan bendera Korea.

Jae-in juga sempat menyapa para penyokongnya dan melahirkan rasa terima kasih kepada para pegawai polis. Program nuklear Korea Utara akan menjadi agenda utama sidang puncak tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Kim Jong-unKorea SelatanKorea Utara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd