• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Turkish Airlines Sambut Tahun Kelima Beroperasi Di KLIA

oleh Ahmad Albab
27/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Turkish Airlines menyambut tahun kelima beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan memberi perkhidmatan kepada 350 penumpang yang melakukan perjalanan ke Istanbul petang semalam.

Dalam kenyataan bersama, Turkish Airlines dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata semasa syarikat penerbangan itu memulakan penerbangan ke KLIA, ia menawarkan perkhidmatan tiga kali seminggu dan hampir setahun selepas itu, ia mula menawarkan penerbangan harian.

Pengurus Negara Turkish Airlines Muhammed Hamza Arslan berkata kebanyakan penumpangnya merupakan mereka yang mempunyai urusan perniagaan dan bercuti ke Malaysia, yang dilihat sebagai antara pintu masuk ke Asia.

“MAHB telah menjadi rakan kongsi yang baik dan kami berharap dapat menghubungkan orang ramai ke dan dari Kuala Lumpur untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata Turkish Airlines telah memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan laluan hubungan yang ditawarkan oleh KLIA dan pengendali lapangan terbang itu amat berbesar hati apabila ia memilih untuk mengekalkan Kuala Lumpur sebagai antara destinasi globalnya.

Beliau berkata susulan rangkaian destinasi global Turkish Airlines lebih besar daripada mana-mana syarikat penerbangan lain, ia akan memberi manfaat yang besar kepada penumpang dari Kuala Lumpur dari segi hubungan ke negara lain melalui Istanbul. – BERNAMA

Tags: turkish airlines
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dilencong Kerana Nama Wifi ‘Bom Dalam Pesawat’

03/12/2017
0

ANKARA - Penerbangan sebuah pesawat komersial Turkish Airlines terpaksa dilencongkan selepas seorang penumpang dilaporkan menerima mesej yang berbunyi 'bom dalam...

Pesawat Kargo Turkish Airlines Terhempas, 37 Maut

16/01/2017
0

BISHKEK - Sebuah jet kargo Turki dilapor terhempas di Lapangan Terbang Manas di Talas, Kyrgyzstan dan mengorbankan 37 orang termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd