• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Banteras Pemerdagangan Rohingya

oleh Ahmad Albab
27/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia akan bekerjasama rapat dengan negara jiran dan rakan perkongsian bagi menghapuskan pemerdagangan etnik Rohingya dari tempat asal, transit atau destinasi tertentu dan mengambil semua langkah bagi membasmi sindiket pemerdagangan manusia yang beroperasi di negara ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia memuji usaha kerajaan Bangladesh menghulurkan bantuan dengan menyediakan tempat tinggal dan perlindungan kepada etnik Rohingya yang melarikan diri dari negara Myanmar.

“Dengan berbuat demikian, Bangladesh telah menyumbang secara signifikan kepada usaha global dalam menentang pemerdagangan manusia. Usaha-usaha ini perlu mendapat sokongan berterusan daripada komuniti antarabangsa.

“Malaysia akan terus berbuat demikian dengan sebaik mungkin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anifah berkata Malaysia secara tegas percaya pada akhirnya negara-negara sumber sepatutnya di pertanggungjawabkan.

“Negara-negara ini mesti diberikan tanggungjawab yang lebih besar untuk mengcegah orang yang tidak bersalah menjadi mangsa pemerdagangan orang. Di samping itu, mereka perlu menghentikan sindiket pemerdagangan daripada mengeksploitasi kaum Rohingya yang tidak berdaya,” katanya.

Atas sebab ini, beliau berkata Malaysia berharap kerajaan Myanmar akan melakukan usaha ikhlas untuk menyelesaikan punca krisis dan menggesa pelaksanaan penuh dan segera perjanjian penghantaran balik pelarian Rohingya ke wilayah Rakhine antara kerajaan Myanmar dan Bangladesh. – BERNAMA

Tags: Etnik Rohingya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Diceroboh Etnik Rohingnya

03/05/2022
0

ALOR SETAR : Isu kebanjiran etnik Rohingya tidak nampak jalan penyelesaian apabila perairan negara terus `diceroboh’ etnik beraal dari Myanmar...

Dua Dalang Rusuhan, Lolos Depot Imigresen Ditahan

22/04/2022
0

BANDAR BAHARU: Polis menahan dua daripada empat dalang yang dipercayai mencetuskan rusuhan sebelum tahanan etnik Rohingya meloloskan diri dari Depot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd