• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Kapal Teroka Dasar Lautan Hindi Cari MH370

oleh Ahmad Albab
30/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga kapal digunakan untuk meneroka dasar kawasan terpencil di Lautan Hindi untuk mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac tahun lepas.

Kapal berkenaan ialah Go Pheonix bernilai US$21 juta, yang diberi kontrak oleh Malaysia, dan dua lagi kapal yang diberi kontrak oleh Australia dan Malaysia, Fugro Equator dan Fugro Discovery serta Fugro Supporter, yang digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di dasar laut.

Setiap kapal dipasang dengan peralatan sonar canggih untuk membawa peranti khas bagi memeriksa dasar laut bagi mengesan serpihan atau bahan yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat malang itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika melancarkan Go Pheonix di Perth, Australia pada 22 Okt tahun lepas berkata kapal itu adalah kapal pertama yang ditaja Petronas untuk menjalankan operasi mencari Penerbangan MH370.

Katanya Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) menyelaraskan misi berkenaan dan bekerjasama rapat dengan kerajaan Malaysia.

Keputusan melakukan operasi mencari di dasar laut diambil selepas fasa pertama pencarian selama empat bulan dihentikan pada Ogos apabila isyarat ‘ping’ dengan frekuensi 37.5kHz yang menyerupai isyarat daripada kotak hitam pesawat MH370, hilang.

Lazimnya, isyarat yang dipancarkan alat perakam data penerbangan dari kotak hitam sesebuah pesawat hanya bertahan selama 30 hari sebelum baterinya kehabisan kuasa.

Penerbangan MH370 masih gagal dijumpai walaupun empat isyarat nadi berkenaan dikesan, dengan nadi pertama dikesan kapal China, Haixun 01 pada 5 April dan tiga isyarat lagi dikesan kapal Australia pada 8 April.

Nasib pesawat yang menuju ke Beijing, China itu masih belum diketahui hingga kini, walaupun pengumuman rasmi dibuat bahawa laluannya berakhir di selatan Lautan Hindi.

Pesawat jenis 777-200ER, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac tahun lepas.

Pada 12 Jan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia sedang berbincang dengan Australia dan China untuk menggunakan kapal keempat, ‘Fugro Supporter’, bagi membantu mencari Penerbangan MH370 kerana wujud
keperluan menggunakan lebih banyak kelengkapan berikutan kesulitan yang dihadapi misi mencari di selatan Lautan Hindi.

Dalam kenyataan pada 28 April tahun lepas, JACC berkata kira-kira 18,000 kilometer persegi dasar laut atau kira-kira 30 peratus kawasan pencarian utama telah diteroka untuk mengesan pesawat itu. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd