• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Idham Terima Pangkat Kehormat Bomba

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGARAH dan penerbit, Ahmad Idham Ahmad Nadzri melakar sejarah apabila menjadi penggiat seni pertama dianugerahkan pangkat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Difahamkan penganugerahan pangkat Penguasa Kanan Bomba 1 (Kehormat) itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah JBPM iaitu Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim di Putrajaya pada Rabu lalu.

Majlis bersejarah itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek.

Memetik mStar Online, Idham berkata, penganugerahan itu tidak pernah berlaku dalam industri hiburan tanah air.

“Saya merupakan yang pertama, ini menunjukkan mereka nampak sumbangan anak seni kepada JBPM.

“Namun, saya agak malu sebab filem Qhaliq yang mengangkat kisah kerjaya bomba tidak mendapat perhatian daripada jawatankuasa Sistem Wajib Tayang (SWT),” kata Idham.

Dalam pada itu, Idham turut memaklumkan bakal mengumumkan tarikh terbaharu filem tersebut selepas dia mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah Finas iaitu Datuk Fauzi Ayub dalam masa terdekat.

“Ramai yang tak sedar mengenai usaha saya untuk menaikkan agensi kerajaan terutamanya JPBM menerusi filem ini.

“Saya sebenarnya membawa amanat Datuk Seri Mohammad Mantek yang mahu filem ini ditayangkan kepada penonton tempatan,” tambah penerbit Aifa Motion Pictures Sdn. Bhd. itu lagi.

Untuk rekod, sebelum ini beliau turut pernah menerima pangkat Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) sekitar Mac tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Ahmad Idham
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Loke dah Out.. Min pun Out.. Nismilan Memang All Out” – Ahmad Idham

“Loke dah Out.. Min pun Out.. Nismilan Memang All Out” – Ahmad Idham

02/08/2026
0

KUALA LUMPUR - "Loke dah Out.. Min pun Out.. Nismilan memang all Out..Warna BIRU kita kasi SHOUT..." Demikian hantaran di...

Hans Isaac Enggan Tunduk, Takkan Meletak Jawatan

12/12/2019
0

PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac tidak akan tunduk kepada gesaan enam persatuan artis yang mahu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd