• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Pusat Sokongan Keluarga Masih Beroperasi Di Beijing

oleh Ahmad Albab
29/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pusat komunikasi dan sokongan keluarga yang ditubuhkan di Beijing, China untuk anggota keluarga dan sanak saudara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih beroperasi walaupun pesawat itu dilaporkan hilang hampir 11 bulan lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun, berkata malah sebuah laman web turut diwujudkan bagi menyalurkan maklumat terkini untuk dikongsi bersama keluarga penumpang negara berkenaan.

“Saya bukan jurucakap untuk isu itu (MH370) dan saya hanya memainkan peranan sokongan sahaja,” kata Chew yang juga pegawai khas Malaysia ke China bagi menemui anggota keluarga dan sanak saudara penumpang MH370 apabila ditanya sama ada terdapat perkembangan terbaru berhubung perjumpaannya dengan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 di Beijing.

“Tiada apa yang baharu,” katanya yang enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Pesawat MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, termasuk dua bayi, dilaporkan hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pada 8 Mac tahun lalu.

KETUA Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman semasa sidang media di sini hari ini mengisytihar semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap terkorban. - Foto BERNAMA
KETUA Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman semasa sidang media di sini hari ini mengisytihar semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap terkorban. – Foto BERNAMA

Terdahulu, Chew mengadakan perjumpaan dengan wakil Dewan Perdagangan Malaysia-China dan beberapa usahawan wanita di pejabatnya di kementerian, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pertemuan itu, beliau berkata ia adalah satu inisiatif untuk menjalin kerjasama lebih erat, khususnya untuk memperkasakan peranan wanita dalam perniagaan dan pembuat dasar.

“Mereka akan cuba meningkatkan kesedaran kepada ahli-ahli dalam organisasi masing-masing supaya melantik lebih ramai wanita menjadi pengarah dalam syarikat untuk memperkasa peranan wanita,” katanya.

Chew berkata, sejak 2012 sehingga kini, seramai 974 wanita dilatih menerusi Program Pengarah Wanita, selaras dengan usaha kerajaan untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita sebagai ahli lembaga pengarah dan pembuat dasar.

“Program ini akan diteruskan pada masa akan datang supaya matlamat kerajaan ini akan dapat dicapai, melebihi daripada jangkaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd