• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan Tuisyen Tambahan PNP Di Sekolah

oleh AK-47
26/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pelajar perlu menjadikan tuisyen sebagai tambahan bagi proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang diajar guru semasa di sekolah, kata Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon.

Beliau berkata kebanyakan pelajar masa kini lebih menumpukan pengajaran semasa di tuisyen, dan perkara itu sudah terbalik kerana silibus diajar di sekolah merupakan yang terbaik dan dirangka khas oleh Kementerian Pendidikan.

“Pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar boleh menjadikan tuisyen sebagai rujukan untuk membuat latih tubi yang diberikan guru serta membuat nota-nota penting seperti peta minda dengan mendapat rujukan daripada guru tuisyen.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk memberitahu kepada pelajar tertutama yang akan menghadapi SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) supaya menggunakan tuisyen yang dilancarkan hari ini sebagai sokongan untuk memantapkan pemahaman mana-mana subjek yang lemah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Peringkat Parlimen Seremban Tuisyen Rakyat @Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Masyarakat Holistik Negeri Sembilan SK Segar.

Sementara itu, Segar berkata 110 pelajar daripada beberapa sekolah di Parlimen Seremban dipilih mengikuti tuisyen rakyat yang akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Klana Putra, Lenggeng.

“Kami menggunakan khidmat daripada guru-guru di SMK Klana Putra sebagai tenaga pengajar di samping memanggil beberapa penceramah motivasi bagi menambah semangat pelajar.

“Tuisyen rakyat ini akan bermula pada minggu depan dan akan berjalan selama 10 minggu sehingga pelajar tingkatan lima mengambil peperiksaan percubaan SPM,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Chong Sin Woon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelbagai Pihak Zahir Penghargaan Hari Wartawan

11/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak hari ini menzahirkan penghargaan mereka kepada warga pengamal media di negara ini bersempena Hari Wartawan...

Sekolah Mubaligh Terima RM50 Juta Setiap Tahun

19/03/2018
0

SEREMBAN - Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM50 juta setiap tahun kepada sekolah mubaligh di seluruh negara sejak 2009 sehingga sekarang bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd